Thursday, December 16, 2010

persahabatan kita, putus!

tegarnya hatimu wahai sahabat....memutuskan hubungan persahabatan kita yang telah terjalin semenjak sekian lama...aku masih ingat, kita bersamasama sejak tahun pertama di universiti..kitalah kawan yg paling rapat, makan bersama, sembang bersama, tidor bersama, ngumpat bersama, gosip2 bersama...susah senang bersama...tiada lain, hanya kau dan aku~

ak masih ingat peristiwa tadi...di dalam pekat malam, di bawah sinaran lampu neon yang oren2 jingga itu, kau meluahkan kata putus! cukuplah,persahabatan kita sampai di sini sahaja! tegarnya hatimu! hanya kerana sedikit kesilapan yg kecil...kau sanggup melupakan persahabatan kita...

walaupun aku sudah merayumu berkali kali dan meminta maaf di atas kesilapanku, kau tetap dgn pendirianmu...

aku redha...di dalam pekat malam, aku lihat kau pergi bersamanya...meninggalkan aku sendirian, kau tiada menoleh lagi..malah langkah kau semakin laju...seolah olah kau sudah melupakan aku buat selama lamanya! tinggal lah aku bersendirian...mengiringi derap langkahmu yg semakin laju, seolah olah tiada sabar lagi untuk kau melupakan aku~

lalu, aku melangkah pergi...meninggalkanmu...kalau itulah pendirianmu, aku redha~


aku jadi sedih!

tibatiba...ak terdengar derap langkah dibelakangku...

kedepak!! kedepak!! kedepak!! bunyi selipar jeponmu

"weyh! syidah! weyh! weyh! sat! bawak balik barang-barang aku ni sat~ takkan ak nak pi tengok dikir barat nak usung ni semua! persahabatan yg putus td, kira cancella! sambung balik! cepat weyh, kami dah lambat neyh"

oo, pandai eh~ aku tak mo join korang tengok dikir barat, korang duk sycho aku ngan ayat sedih gila gila ~ cesss! putus persahabatn la, ape lah! hahahaha...

"kalau ang ta mo p tengok dikir barat ngan kami, putus saudara! "

sekarang tinggal lah aku, bersendirian pulang k IK...ditangan penuh beg plastik dengan segala macam barang, roti lah, roti canai, cd, semua! punyela semangat mak cik dua orang tuh nak p tengok dikir barat~ haiyaaaa...~

p/s: amal n faezah, mesti rasa bersalah kan baca citer ak neyh?? mesti rasa cam nak belanja aku cheese cake secret recipie sebijik dua, tak pon, kfc bucket combo~ hahaha...ak tak kesah~ duadua pon aku suka~



2 comments:

  1. adoi cida..hahaha..buat saspen dey baca tajuk n3 u ni..menakutkan btol..sabar yek cida..hihik

    ReplyDelete