Thursday, December 16, 2010

emel kamu?

hari ini, first time in my life~ ada orang puji emel sy...rashidah shidah...official! dr. latifah, terima kasih daun keladi, lain kali puji la lagi~ (^____^)

biasanya, emel ak tu selalu dapat komen2 yang tidak diundang sbg halwa telinga~

"oh! simplenye emel"

paling2 tidak pon, orang akan buat muka semacam~ ak tau dalam hati mesti korang cakap macam ni kan..

"hey! emel zaman dinasour k??"

ye la, emel orang orang sekarang kan dashat2~

capgurlcutiest - aspergillus_flavus - philladelphia - eeve_mumia - sepatubiru - hujanlebat (tengok, keadaan cuaca pon boleh jd emel, oh! kreatif sgguh beliau)~ pendek kata, usahkan nak sebut, eja pon kene dua tiga pat puloh kali prektis~

emel yg digunapakai sekarang ni, bukan ak yg buat sendiri..tp, cikgu kelas komputer yg tolong buat..punyela buta kayu dengan IT2 neyh...sampai emel pon ta tau apakebenda~

kelas terakhir kami, belajar mengenal internet~ wahaha...punyela entah hape2! memang betul2 kenal internet la, mengenal simbol internet explorer~ kami tenung simbol e comel tu lamalama,sampai abes kelas, sebab ta tau nak explore apa~ search je kua tulisan banyak2 (web), searh je tulisan!...search ct nurhaliza, kua tulisan, search anuar zin, tulisan, search wetslife, tulisan lg...argh~~ (ye la, kan buta IT...ingatkan search2 je terus, kua ct nurhaliza seketul tengah joget-joget nyanyi mcm dalam tb tuh~)

ak ingat lg, masa darjah enam plak, tiba2 satu hari tu, cikgu masuk kelas, suruh isi form nak buat emel untuk kami semua~maka, kami kanak2 yg jujur lagi lurus tergamam seketika, emel??? makhluk apakah itu??

maka, tanpa banyak soal, masing2 berhempas pulas, berpeluh peluh memenuhkan maklumat dalam form tersebut~nama penuh, no surat beranak, nama mak ayah, nama kucing kat rumah, bla3!

bila sampai part, masukkan nama emel yg dikehendaki...semua buat muka konpius cicak jatuh siling~ beberapa kumpulan perbincangan tertubuh dgn sdrinya, untuk membincangkan dan mengkaji secara mendalam dan terperinci, apakah emel yg dimaksudkan??

cikgu pun, buat pengumuman membantu, tak tahan kelas bising macam pasar ikan,

"emel tu macam nickname kamula, contohnya, manggis12@yahoo.com.."

kami pon

"ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo...emel tu nama buah rupanya..."

apa lagi, satu kelas bantai nama buah~ macam2 buah ada dalam kelas tu...
durian, manggis, epal, duku, langsat, ciku, belimbing, cempedak...semua! pick up je satu nama buah, konpem ada pemiliknya~

peace, emel sy durian_sedap@yahoo.com, add sy kat pesbuk, twitter sume!


itu ragamnya kami, sekolah luar bandar...agaknya, budak2 yg duk bandar nuh, sudah improve dengan benda2 begini...

p/s: 1)sampai sekarang, aku ta tau samada emel ak belimbingbuluh@yahoo.com wujud ke x~
2) kpd emel2 yg terlibat~ mintak maap...tiada niat utk mengutuk~ malah memuji~




No comments:

Post a Comment