Friday, March 26, 2010

saya perlukan banyak air!!!


tentu anda semua maklumkan,suhu bumi sudah semakin tidak stabil dr hari k sehari...suhu panas semakin meningkat! adusss...aku sudah semakin tidak tahan dgn suhu yg membahang dr siang sampai k malam! cukup panas!(bukan nak mempersoalkan perancangan Allah,skadar berkonsi perasaan shj..) kdg2 bagun subuh berpeluh2 mcm org baru lepas lari 100meter! tu baru bangun tido..kalau baru balik dr kelas..masyaallah..rasa beberapa tan kalori lemak terbakar dgn jayanya! hu3...(itu satu faedah sbnrnya...he3)

bila sentiasa berpeluh,tekak pun sentiasa haus dan kering! perit! jadi banyak la kena keluarkan belanja di cafe2 utk membeli air batu berperisa yg sentiasa menarik perhatian setiap kali melewati 'zon2 selera' tuuu...
bukannya nk bawak air maska kan??? teruknyaaa...kamu! hu3
padahal air putih yg selalu org kata tak sedap sbb 'kurang manis' tu lg banyak khasiat dan nikmatnya kpd kita berbanding air yg ade kaler2 tu...

jadi, pd masa inilah baru aku sedar kebenaran iklan2 dr pejabat kesihatan yg selalu ada kat tv tu!
"minumlah air masak 7 gelas sehari!"
kalau dah panas macm ni bukan kata 8 gelas,8 tong pun kusanggup! hu3

Air adalah unsur penting dalam badan krn bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

jadi, berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, keracunang air boleh berlaku! tetapi jarang. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa!

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

-Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek) -Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah -Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak -Tekanan darah menurun -Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk -Lesu pada waktu siang -Sakit belakang -Dehidrasi -Sakit kepala -Memperlahankan kadar metabolisma -Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara -Sendi dan otot mengalami kekeringan -Menyukarkan penyingkiran bahan toksik -Meningkatkan keinginan untuk makan -Darah menjadi pekat -Mudah keliru. -Degupan jantung meningkat -Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

No comments:

Post a Comment