Friday, March 26, 2010

katakan TIDAK kpd MENGUMPAT!


tentu anda2 semua selalu k majlis2 ceramah agama kan?? aduh! rasa terpukul batang hidung yg mancung,separa mancung,dan penyet apabila pak ustaz atau mak ustazah menyentuh bab yg satu ini! 'DOSA MENGUMPAT!'..kerana apa??

krn kita x pernah tinggalkan perbuatan keji tu..spt sudah sebati dlm diri ibarat air gula yg sebati dgan sirap! walaupun sudah ditegur,dipesan,di'brainwash'..mengumpat itu DOSA BESAR! IBARAT MEMAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI!..tp..ish! susahla..mesti nk mengumpat gak la!

org tu macm ni..org ni mcm tu..
ak tak suka la die tu sbb..bla3
ak mnyampah tgok dye tu..sbb..bla3
ak nek tensyen la dgn budak tu..sbb..bla3

semua org yg salah!
semua org tak kene!
semua org tak betul!
habis???

kita ni baik sgt k??
kita ni mulia sgt k??
kita ni sempurna sgt k??

padahal..manusia itu sma di sisi Allah..yg mnentukan taraf dan standard kita hanya iman dan akidah kita! jd..apa guna kita mngumpat kalau dah tau diri sendiri pon mcm minah senget gak!
betul tak???

jadi...agak2 nya..macamana nak zip mulut yg sentiasa 'efektif dan aktif dlm bercerita dan berbahas ni' supaya kurangkan sedikit aktiviti buat 'ketupat kering' ini..hmm..kalau nk kate stop terus agak susah..kenela buat slow2..kan?

rasulullah saw bersabda: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

mengumpat itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak lg dirasakan sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala
yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili,

diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat
nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

p/s: utk peringatan dri sendiri yg selalu 'menempah ulser mulut'!

No comments:

Post a Comment