Monday, June 14, 2010

LI OH LI!

salam dr SEAFDEC!

ho3..masih menghitung hari di sini..kirekire (tambah-tolak-darab-campur) sudah melepasi masa 4 minggu plusplus sy berada di sini..oho! masih tinggal kurang lebih 3 mggu untuk menamatkan segalagalanya! yosh!!!

ok la...perasaan berada di sini sudah semakin berubah, alhamdulillah bila ianya ke arah positive walaupun diselangselikan dgn negative!

skill ketika melakukan kerjakerja di dlm lab sudah sedikit 'minor' cekapnya,walaupun masih belum 'major'..syukur! sekurangkurangnya ada kemajuan! sesuai dengan alasan sy berada di sini apabila pernah seorang pegawai perubatan bertanyakan soalan ini ketika sy memohon surat MC tempohari:

pegawai perubatan : awok dapak gapo gi wak prektikal kalu tok dapat gaji ngan unit?

sy : dapat ilmu! (dgn ringkas dan muka penuh keyakinan, gaya dan keunggulan sy menjawab)

dan pegawai perubatan itu terus terdiam dan meneruskan kerjakerja mengepam tangan sy untuk mengetahui tekanan darah...
jawapan yg mengelirukan ataupon tidak munasabah?? erk!

ok la..sekarang alasan itu sudah ternyata munasabah! alhamdulillah..ape yang dikejar itulah yg sy dapat walaupun sedikit demi sedikit dan agak lambat utk dihadam..

-mengenali sampel penyu dan juga spesisnya (1,2 shj yg sy tahu)
-mengenali rupa 'gel electrophoresis' dan 'PCR" yg selama ini hanya dikenali melalui teori yg dihafal semata-mata
-berjumpa depandepan dengan DNA strand yg 'fluorescent under uv light' walaupun hasilnya kurang cantik
-mengetahui langkahlangkah DNA extraction menggunakan vivantis kit. Soalan yg sy goreng sampai garing apabila keluar dalam paper technic in biotech ketika exam sem lepas
-mengenali mesinmesin yang kebanyakannya tidak pernah sy jumpa lebihlebih lg untuk disentuh di dalam lab,terutamanya mesin gel document yg agak besar dan terletak dalam ruangan yg dikhaskan
-mengetahui cara membuat gel (yg digunakan utk PCR dan gel electrophoresis). Lebih kurang macam buat jelly paket, bezanya, serbuk jelly digantikan dengan serbuk agarose, dan airnya digantikan dgn 1xTBE buffer,kemudian dipanaskan di dalam oven sehingga serbuk sebati, keluarkan dan sejukkan pd suhu bilik. Rasanya....sudah tentu enak!(jelly paket je,bukan agarose gel eh) hu3...

tapi..ada sesuatu yg kurang sy suka di sini!
uh! dalam lab asyik blurrrrblurrr je..sedey! macam banyak je tak tahu...ops! bukan 'macam' tapi 'memang'!
kata orang, kalau tidak tahu, maka, belajarlah! tidak tahu,maka, bertanyalah! alah! kadangkadang apa yg dikeluarkan dr mulut itu mudah berbanding aggota yg mahu melakukannya!

adakah wujud manusia se'blurrrrr' sy eh?

LI ini juga menimbulkan satu tanda tanya di benak sy

am i going to be a researcher????

NOP!!!!

bluekkk! perkataan reseacher yg mebuatkan sy tidak lalu untuk menghabiskan roti pagi tadi yg tinggal separuh!
tidak pernah terlintas di minda untuk menjadi seorang succes or unsucces researcher! never!

i hate this!





6 comments:

  1. hohooo

    aku juga blurr seperti kamu

    ntah2 lg trk x? haha jgn riso

    hg ada geng

    haha

    neway,nice way fwen

    all da best

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. eh terdelete plak!
    btw,
    i felt da same way as u shida!

    tak mo jd re-si-cher! blwekk blwek lewekk...

    hahaha sharing the same thoughts and feeling make me feel sooooooooo gooooooooooodddddddddddddd

    :P

    ReplyDelete
  4. kesian betullah dgn budak2 microb ni. kalau hgpa semua xmau jadi researcher, hgpa nk jadi apa?

    ReplyDelete
  5. hahaha..tu la ain! sume duk peneng2! nak2 amal ng ak, duk dlam lab slalu mengantuk! ho3...

    ReplyDelete