Wednesday, June 16, 2010

jalan mu jalan ku jua!

salam bayu laut yg berpuput dari SEAFDEC!

masih lg menghitung jari dan hari! mestila! tak sabar nak tamatkan segala-galanya..coz my LI is not 'blink-blink' seperti teman-teman yg lain..hu3=p

sugguh bosan apabila hanya melangut di depan lappy tanpa berbuat apa2 ( walhal, sy ada 2 report yg perlu disiapkan dan slide presentation yang masih belum diusik sedikitpon!)

pertama kali dalam hidup sy apabila datang ke tempat kerja pagi tadi tidak begitu jam! perjalanan yg lancar..sy sampai ke sini lebih kurang pukul 7.15, padahal hari2 yg lain dalam pukul 7.30..jadi hari ini masa sy terjimat 15 minit.

bercakap mengenai 'perjalanan' sy sebagai seorang pembonceng tegar di jalanan memang banyak kisahnya! kisah si pengguna jalan yang mempunyai seribu satu kerenah!

kebiasaannya, pengguna jalan raya pada waktu pagi adalah lebih berhemah berbanding waktu petang! jangan tanya sy kenapa sebab sy pon tidak tahu apa sebabnya..mungkinkah pengguna pd waktu petang org lain, dan pengguna waktu pagi org lain..? ha3! impossible!

pertamanya, sy suka memerhatikan mereka-mereka ini ketika berada di lampu isyarat. Mana tidaknya, perlu menunggu selama berminit-minit (tak sempat nak kire) ketika lampu merah sedang menyala. Menunggu lama membuatkan kepala juga mata sy menscan setiap 'objek' yg ada di sekeliling!
wohoo..terkandas di lampu isyarat pd waktu petang berkali ganda seksa berbanding pd waktu pagi! entah kenapa, kenderaan pada waktu petang tetiba jd 'menimbun-nimbun' sehingga terpaksa menunggu lama untuk lampu isyarat di pihak kita bertukar hijau. maka, banyaklah muka berkerut2 dan berpeluh2 utk bertahan daripada haba panas yg membahang dan 'memakan' asap yg dilepaskan dr kenderaan sekeliling. mujurlah sy pengguna motor, maka ada keistimewaan utk mencelah di celah2 kenderaan yg lain utk berada di depan sekali! bolehlah terus pecut sebaik sahaja lampu hijau menyala! he3...

tapi ada juga pengguna motor yg menyalahgunakan peluang! lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda 'berhenti', tp menjadi tanda 'pecut' buat mereka2 ini! setiap kali akan ada satu dua penunggang motor yg datang secara tiba2 dr belakang dan terus memecut laju ketika kenderaan2 lain sedang bersusun menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dan sudah menjadi tabiat, apabila, si penunggang yg sedang pecut itu akan berpaling ke belakang terlebih dahulu sebelum terus memecut ke kelajuan maksimum! sambil menjerit:

"hoi!!!!! jom la pecut macam aku!!!!"

atau

"hahaha! padan muka korang sume terkandas lama2 kat ctu!!!"

atau

"sayonara!!! aku balik dulu!! kucing kat umah nak beranak!!"

oh! tiada insiden jerit menjerit di sini ya! hanya sekadar dialog yg sy fikirkan 'mungkin' sbg tambahan utk menyedapkan cerita! hehehe

keduanya, hal si adik2, kakak2, ibu2, mak cik2, serta nenek2 (jarang ditemui ye!), ketika menjadi pembonceng tegar spt sy. sudah cukup sopan apabila menaiki motor dengan memakai baju kurung serta bertudung litup! tetapi, harus diingat! andai memakai kain baju kurung, bukan seluar..jadi seelok- eloknya tutuplah sedikit betis anda yg putih gebu serta halus mulus itu dengan stokin ataupun apa2 yg boleh digunakan, tidakla si lelaki2 jalanan menopup dosa secara percuma apabila terlihat betis anda yg mencecah hingga ke pangkal lutut itu! begitu juga anda yg juga tertopup dosanya scr tidak sengaja..hu3

ketiga, sy suka apabila berada di atas jambatan terengganu! pergh! macam masuk lumba motor rasanya apabila semua akan merempit semahu-mahunya di situ! entah kenapa semua org akan memaksimumkan kelajuan di situ dan saling berlumba2 antara satu sama lain. Yang laju berasap, yang lambat makan asap! hahaha..padahal pemandangan di atas jambatan terengganu cukup cantik (sy bukan selalu naik motor kat situ, jd sedikit jakun!), apabila kita boleh lihat 7 buah masjid terutamanya masjid kristal yg berkilauan di waktu petang, tebing2 sungai duyung yg membentuk ekor ikan duyung (menurut pendapat org tua2), bot penambang yg teroleng2 di tengah air serta bangunan2 yg kelihatan kecil dan padat dari kejauhan. Menarik!

keempat, berdepan dengan pengguna jalan yg 'kurang berpendidikan', maksud sy kurang tahu undang2 yg cukup senang ketika berada di jalan raya! pernah sy lihat dua orang remaja perempuan yg merempit semahu-mahunya di atas jalan raya yg berhadapan dgn UMT tanpa topi keledar. Sempat lagi bergurau senda ketika motornya membelok di satu selekoh tajam! fuh! seram! kalau ini terlebih laju, ada juga yg terlebih lambat! geram!!!!!!

sy pernah terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki plus perempuan, ada 4 buah motor. Dah lah bawak motor lambat, sempat lg buat satu susunan cantik di atas jalan raya sehingga penuh satu jalan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan lain! 2 buah motor di bahadian kiri di bawa oleh lelaki dan 2 buah motor di bahagian kanan di bawa oleh lelaki dan dibonceng oleh si perempun!

rasa cam nak sound je!

"oiii!!!!! cek!!!! kalau nak berasmara pon agak2 la!!! ni atas jalan raya! orang nak lalu!"

ok lah, sudah penat menaip, stop dulu..salam=p




3 comments: