Thursday, April 8, 2010

abnormal outing!

hari ini kami bertiga menjadi spt 'kurang normal' sedikit!
selepas sahaja kelas psykology pukul 4petang terus terkejar-kejar ke hentian bas sg dua
nak pegi queensbay! nak pegi queensbay!

tidak tahu la apa kena dengan kami bertiga hari ini
nak sangat-sangat pergi k queensbay
macam sudah tiada hari esok!
biasanya petang2 begitu kami tidak akan ke mana2,melainkan naik bas dan terus ke bilik ataupun singgah makan kat cafe

berlainan sungguh dgn hari ini,ambil bas di sg dua
terus berlalu k queensbay dan bersolat asar disana (sugguh terkejar2! macam queensbay tu ade kaki dan boleh 'marathon')

padahal tujuan kami ke sana..sekadar ingin outing bersama sahaja
sudah lama tidak berbuat begitu
ye laa..amal bz! radin pon bz! hanya sy yang terlangak2 di bilik! (malas nak involve byk2 aktiviti)
boleh saja kalau nak keluar pd hari2 lain,kalau sekadar nak spent masa bertiga! hu3
tapi..petang itu juga masa yg menjadi pilihan hati! sudah lewat sebenarnya utk keluar outing pada pukul 4 petang!

sampainya di queensbay..terus teman amal k popular (nk sangat pergi popular!)
ceh! ingatkan diorang nak pulun beli buku ataupun novel
rupa-rupanya sekadar beli pen 1,2 batang! dah lah mahal! setakat pen kilometrico dan stabilo tu boleh saja dibeli kat sri saujana kat tepi khalel tuu wahai kawan2 ku..hu3

selepas solat asar,pusing-pusing jap dan rasa lapar
kami pun singgah makan kat mc D
wah! memang inilah tujun sebenar kami outing!
sebab teringin nak makan set mc chicken dan ais krim sunday!
syoknya..tidak tahu la kenapa tiba-tiba rasa burger mc chicken,fries dan sunday tu rasa sedaaaapppp sangat! mungkin kerana kemaruk sangat nak makan! ha3...


tengok! makan macam orang tak makan sebulan! satu pun tak tinggal..ho3..
excuse me! kami xde la makan sampai teruk macam tu,gambar ni diambil selepas kami da nak tinggalkan meja ni

dalam pada duk menikmati makanan yg terhidang di atas meja
elok je,bertentangan dan mempunyai kedudukan 'bergaris lurus' dgn mata kami....SECRET RECIPE!
ayoo!! teringat cheesecake blueberry yg berkrim dan cair di dalam mulut! cream blueberry yg ungu pekat serta rasa manis dan masam! wah! kombinasi yg hebat!


secret recipe depan mc D=depan mata!

"weyh! lepas ni share duit 3 orang pg beli satu kek secret recipe! cheesecake!!!!"
usul yg bijak wahai cik amal!

radin dan aku angguk saja! sapa tak suka cheesecake! hu3...
beberapa minit amal dan radin ke secret recipi yg hanya 2,3 langkah dr mc D,kemudian pulang kembali k mc D dengan cheesecake! alaa...kecewanya..bukan blueberry cheesecake! tapi caramel cheesecake! hu3...


walaupun rupa tidak berapa elok,tapi sedap caramel cheesecake ni
meltz in ur mouth!

tapi,tak kisah lah..caramel cheesecake tu pun sedap juga!(sebenarnya sangat sedap..tambah2 share tiga org, berbaloi-baloi!)


2 coke dan 1 sprite! uh! menggelegak tekak dan perut nak habiskan air ni!


air coke tak habis! kami tapau...aci x?? hahaha..
sampai penuh satu tupperware biru tu



ok! perut pun sudah terisi...tinggal masa nak pergi solat maghrib kejap dan tunggu rapid penang utk pulang ke hostel
pergila tunggu bas kat depan bangunan queensbay tuu
masyaAllah...punya la lambat rapid penang kat situ! aduss..penat sungguh menunggu!
301 la,302 la,304 la,307 la..berduyun2 basnya..tapi satu pun tak pergi sg dua
pelik betul!

ada satu tu..tak ingat rapid 30 berapa..kami dah tengok dekat board utk kawasan laluannya..ada tertulis sg dua..jadi, sy mewakili kawan2 yg lain terkocoh2 naik terlebih dahulu, tak sabar dah nak balik nih!

tiba2 elok je pak cik rapid tu 'halau' kami turun! katanya tak lalu sg dua...aduh! apa pak cik ni? kat board tu tulis sg dua apa..tup! tup! tak lalu pulak...ho3..terpaksalah sy turun dengan muka tebal 2 inci!

ish! memang tak pahamla sistem rapid penang ni!
akhirnya...pukul 9.30 baru tiba di bilik! letih.....!!!!

2 comments:

  1. hahaha,pnt la gelak..
    rjn kutuk ak noh
    betoi la tuh weh
    mcm org xbtol plak kan
    haizz
    moga saat2 manis bersama mnjadi kenangan yg tidak dilupa kan..=')

    ReplyDelete
  2. wah..kejelousan di thp gaban nie!!

    ReplyDelete