Tuesday, March 30, 2010

payungmu payungku jua....

fuh....sampai bilik dgn pakaian 50% basah...hujan lebat di luar!
spt posting semalam,hari ini langit kelabu lg...hu3

keluar je dr dewan kuliah didapati langit sudah mendung! bukan kelabu lg..tp awan hitam pekat..pas ni konpem2 hujan akan mencurah2 k ladang gandum macam semalam...berhujan la kami jawabnya..

ketika dalam bas nak balik k bilik...titisan hujan sudah mulai jatuh...1,2,3..lagi dan lagi..kemudian bertukar kpd hujan yg mencurah-curah! ah! sudaaaaahhh...di antara kami2 ni sorang pon tak bawak payung!
(payung jd mandatori bila waktu panas je!)

akhirnya,bas yg dinaiki pun sampaila kat jejantas..(jejantas tu bas stop kami la)
alamak...ada bas lagi kat depan,jadi bas yg kami naiki ni agak 'terkebelakang' sedikit dari bus stop nya...huish! terpaksa menapak sedikit di dalam hujan utk sampai k bus stop! hujan nya pulak tengah 'menggila'! dapat agak kan apa yg akan jd pada kami?? sudah tentula bakal menjadi roti celup air masak! kuyup semuanya...i

sebelum turun bas kena fikir 100 kali...mana pro dan contranya utk keputusan yg bakal diambil...kalau redah aje..sudah tentulah basah! kalau nak tunggu dalam bas sampai hujan berhenti...ish! agak2 la..kalau tak berhenti sampai k magrib,xkanla nak berjemaah kat situ plak..

wahai hati! pasrahlah! berhujan pun berhujanla..asal sampai bilik cepat! hu3...
menapak sampai ke pintu bas,tiba2 terdengar pak cik bas duk bising!
'tu tengok kat lubang kiri...lubang kanan..semua duk ada! yg belakang,tepi..ada gak!"

hah?? kenapa? mengapa? ada apa? pak cik bas cakap pasal ape ni???ish! kena pi cek nih..aku yg sudah sememangnya suka menyibukkan diri.. melangkah ke depan sedikit..nasib baik la dalam bas tu tinggal 2,3 orang je lagi yg masih belum turun!(mesti fikir 2,3 kali gak mcm kami kan? kan?)..

tiba2..yg 2,3 orang kat depan tu, terlangak2 tengok box2 yang ada di kiri kanan bahagian atas bas...alaa...kalau dalam bas ekspress tempat kita letak beg ataupun barang2 dr kampung tu..
aku pun masuk campur terlangak2 juga sambil usya2 apa yg ada dalam box2 tu???

hah!!! terbaekkkkkk!!!
bersepah2 payung lipat dalam box2 tu...
kiri,kanan,belakang,depan...isinya semua payung! berbagai jenis warna dan fesyen! wah! macam kat pasar payung lelong dua singgit plak! whoaaa...

"weyh! amal! amal! dalam box kat tepi ang tu ada payung!"
dengan muka yang penuh sengeh dan excited aku laung kat amal yang agak terkebelakang sedikit dari aku...
"weyh...cantik la! ha3" muka amal penuh dengan cahaya harapan! harapan yg kami akan punyai payung sebentar lg! harapan yg kami tidak akan lencun sampai ke kaki!

tangan semua orang kalut mencapai payung2 yg 'bergelimpangan' kat dalam box tu...termasukla dengan aku2 sekali..rakus pilih payung! hah! ambik2! xpayah bayar rm8.5o(harga standard utk sekaki payung)...free jee...ngehehe..(barang free semuanya bes!)

dah pilih2...akhirnya dapat la satu! ah! share aje la dengan amal..lagipun ni kan barang org,tak elok ambik banyak2..ho3..

pak cik bas kate..payung2 tu semua diwakafkan(mgkin utk org2 yg malas bawak payung spt kami)...ada jugak istilah wakafkan payung ek?? ingat k sejadah dan surah yassin je.. agaknya pak cik bas dah tak larat nak simpan payung2 tu dalam basnya..sudah banyak sangat sampai bergelimpangan di sana sini! bayangkan satu box tu ada dalam 5 payung! tu tak pegi cek lagi utk box2 yg lain..

berdiri je kat pintu bas tu..amal cuba bukak payung 'baru' tu..
eh?? tiba2 tak leh bukak plak! rosak k?? agaknya...itulah bahana sebab ambil barang org tanpa izin! hu3..

tibe2 dengan selambernye..pak cik bas hulur satu lg payung..yang terselit kat cermin bas dpan! ha3..kat cermin pun ada payung juga?? banyak betul...payung wakaf ni yek? dah org bagi..'kebeh' aje la..

eh! dah dapat payung 'baru' satu lg..

tetiba payung amal yg rosak tadi boleh bukak plak..elok je! cess! pandai payung ni buat2 rosak! tak sudi bertuankan kami agaknya! hu3

'time kasih ye pak cik!"

fuhh..lepas satu cabaran..tinggal nak 'kabat' tangga jejantas tu dan menapak sampai k bilik..

ewah! cantik pulak payung 'wakaf' nih! suka3!
siap ada cop USM lg...cukup eksklusif!

payung amal x elok sangat! ha3..padan muka amal! payung tu sedikit 'buruk' dan ada sendi2 yg sudah terkeluar..kesian...(aduh! dah dapat payung pun da kire bagus! x bersyukur betul!)

terus berjalan sambil menyembang isu payung free...non stop! rasa kelakar plak! tetibe ade payung 'baru'..ha3..cantik plak tu!lg cantik dr payung petak2 yg ada kat bilik tu!
"weyh..kalau payung ni satu je dalam usm,mesti tuan payung ni dapat cam payung ni kan!"

yela...payung 'baru' aku kan sedikit eksklusif sbb bercop USM..sedikit cuak kalau tetiba bertembung dgn tuannya! kang x pasal2 kena karate!

tetibe elok je..2,3 orang perempuan yg berpayung melintas depan kami! eh? payung tu ade cop Usm la..payung die tu pon sma! stu..dua..tiga..hah! yg kat sne tu pon payung usm..situ! payung usm lg..loh! berlambak2 rupanya org gune payung yg bercop 'eksklusif' nih! ha3..kelakar!
(dah tak cuak lagi..sbb tuan dye msti tak perasan ak duk usung payung dye..hu3)

akhirnya sampai ke bilik juga ku usung payung 'baru' tu! tapi....walaupun berpayung..separuh badan 'kehujanan' juga! 50% lencun!
haiss...payung 'baru' yg berjasa! siapalah...pemilik payung misteri ini ye?? hu3..payungmu..payungku jua!


siapa rasa payung ni payung dia...sila ke kaunter pertanyaan!

No comments:

Post a Comment