Tuesday, March 23, 2010

berkongsi itukan lebih baik...


hari ini kami betul2 praktikkan 'berkongsi' itu..berkongsi ais krim yg berharga rm5!
aduh! 'makanan' yg mahal bagi kami yg hanya menggunakan duit PTPN utk menampung hidup di USM ni..kalau di darab,ditolak,dicampur duit rm5 tu dah boleh makan nasik ayam kunyit kat 'abg bawang' dua kali! hu3..

nampak sedap je ais krim yg berperisa coklat,vanilla oreo dan mocha hazelnut yg nmpak sejuk di dalam peti yg berwap tu..teringinnye!!!!

akhirnya,keputusan di buat:
-amal keluarkan dua ringgit
-radin keluarkan seringgit (mungkin)
-syidah keluarkan dua ringgit
dah jadi rm5! yeay! dah boleh beli ais krim swensens tu!


kami pilih perisa coklat campur vanilla oreo..(ada sedikit 'pergaduhan' dengan c amal bila dia teringin mocha hazelnut! sorry amal..sbb kami tak ikut pilihan kamu! he3)

satu cup ais krim + 3 sudu = makan bertiga

semua orang dapat rasa ais krim yg mahal tu
hmm...kalau nk beli sorang mesti tak mampu kan?? jadi apa salahnya kalau share duit,sikit pon jadila..

bila berkonsi tu nikmat makan tu lg bertambah
rasa lagi kenyang
rasa lagi sedap
rasa lagi puas
pling penting..tak membazir! sbb radin ada bising: kalau aku makan sorang mesti tak habis ais krim nih!

org pernah kata kalau berkongsi makanan dengan kawan,ukhuwah tu lg kuat dan bila dah terpisah kita takkan lupa org tu sampai bila2
(hmm..mungkin sbb berkongsi 'enzyme amylase' kut! he3)

SI TUA DAN POHON PEAR

Seorang tua berumur melebihi 80 tahun telah dilihat oleh seorang jirannya sedang menanam benih pokok pear. Lelaki itu berasa aneh kerana pokok itu mengambil masa bertahun lamanya untuk berbuah. Lalu dia bertanya, "Atuk, mengapa Atuk menanam pokok itu? Cucu fikir Atuk tentu tidak sempat makan buahnya". Orang tua itu pun memandang kepada lelaki itu sambil tersenyum lalu berkata. "Cucu, sepanjang hayat, Atuk hanya memakan buah pear yang ditanam oleh orang lain, inilah masanya untuk Atuk menanam untuk orang lain pula".

wasalam..

2 comments: