Tuesday, April 20, 2010

kalau itu takdir buat sy..

usaha + tawakkal = kejayaan????

astaghfirullah!!! syidah! jangan mempersoalkan janji Allah!

tapi hari ini sy rasa ujian yg sgt berat! walaupun sy sedar ujian org lain mungkin lg berat dr apa yg sy pikul sekarang...rasa kecewa sangat dengan diri! adakah usaha sy selama ini sia2 dan terkubur begitu sahaja??

sy ada usaha! sy ada tawakkal!
tp di mana silap sy sehingga sy 'gagal' hari ini...sy dapat rasai kegagalan itu!

sy usaha sehingga sy mampu...tapi di mana silap usaha sy itu??

sy tawakkal...tapi mungkinkah sy tidak sedar tawakkal sy di tahap mana?

mungkin hanya di tahap minda dan perkataan tapi tidak terlekat di hati dan terpamer pada perlakuan! mungkin!
mungkin juga sebagai kifarah atas dosa2 sy selama ini..dosa2 riak dan takbur yg bersarang di hati tanpa sy sedari....

walaupun mungkin ada yg kata 'alaaa..setakat tak ley jawab exam..perkara biasa!' tapi tidak bg sy! tidak bg seorang anak yg menjunjung harapan yg tinggi dr keluarga di kampung!

ye! sy serik dengan kegagalan! sy benci dengan kelekaan! tapi siapa sy untuk menyangkal dan mempersoalkan kejadian yg Esa?? hanyalah manusia dr segumpal tanah yg hina!

apaapa pun terima kasih buat orangorang ini:

kak piya yg selalu setia mendengar...memberikan kata2 semangat buat sy di kala hampir tewas di medan 'perang' ini! padahal..baru je first paper...da nak ngaku kalah! terukkan?? hu3

terima kasih buat amal dan hana! korang la yg jd saksi apa yg berlaku kat exam hall tadi..heheh..first time sy begitu! malu kottttt.....
amal! banyak share perasaan menyesal ngan aku...sangat membantu! hehehe..
hana pon! tak pasal2 kena bukak sejarah silam tentang viro sebab nak sedapkan hati kite..he3

radin! tak habis2 merungut tentang paper tadi..jangan risau akan ada orang yg lagi 'tak best' result td kamu...=p

tapi..apa2 pon still doakan yg terbaik buat kamu2 semua! tiba2 teringat setiap 'usaha' yg kita da buat! hana rajin datang bilik kite,share soalan spot dan suka kalut dengan macam2 soalan! he3~ tapi sangat menbantu kite masa jawab tadi...
amal! kita hafal bagai nk rak weyh! macam hafal skrip pelakon utama drama..he3~ malam exam tu pulak ketar tahap parkinson! sangat cuak sebab rasa tak ingat semua benda...

hasilnya...hari ini! (faham2 sendiri ye=p)
tak pe la..aturan Allah itu lagi baik dr aturan kita sendiri..pegang kuat pada prinsip yg satu syidah! Allah with us!!!!! kalau itulah takdir buat sy hari ini,sy perlu redha..=p







Sunday, April 18, 2010

hari pertama final exam!

dengan rasminya hari ini,isnin yg bertarikh 19hb april 2010..student usm akan menduduki peperiksaan yg bakal menentukan 'kedudukan' diri utk kesekian kalinya...=p

masih di tahap lamakah atau akan berubah? di bawah atau di atas??

sungguh! rasa cuak kowt! walaupun paper 1st(immunology) sy bukan hari ini..tapi esok! cuak! cuak! cuak! sekarang masih lagi mengadap buku2 dan notes yg sudah tidak terkira berapa kali dibelek...asyik lupa je! hu3..

kawankawan!!!!!!

semoga kita semua mampu buat yg terbaik!!!! insyAllah...setiap usaha kita akan dibalas olehNya..teruskan usaha dan bertawakallah! Allah with us!!!!










dont tiru tiru!

Saturday, April 17, 2010

anda dan meggi=sehebat manakah hubungan ini???


anda rasa anda suka meggi??
ok la..kalau tak suka,mesti dlm hidup ni pernah termakan ataupun sengaja makan meggi kan?
rasanya hidup manusia tidak lengkap tanpa meggi di sisi...=p

jenis2 hubungan manusia dan meggi>>>>

1) meggi dan anda :ibarat selebriti dan peminat setia

pernah tak dulu time kite kecik2,rasa susahnya nk makan meggi,sehingga ke tahap seludup meggi masuk dlm bilik scr diamdiam,kunci pintu,masuk bawah katil dan kunyah meggi senyapsenyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi....

sbb..mak ayah marah makan makanan ringan (terutamanya meggi) takut membesar tak cukup inci! lg stu, duit mana cukup nk beli meggi sbb selalunya kalau nk pegi kedai mak kasi 2posen je..meggi 5posen! tak cukup bajet..hu3

jadinya..apabila sekali sekala berpeluang makan meggi,memang akan lupakan yg lain! meggi tetap no1! cuba suruh adik2 kite yg kecik pilih: meggi k nasik??? konpem2 dye pilih meggi..lagi berperisa,sedap dan ada umph! budak2 ni kalau nmpak si kakak atau abang masak meggi di dapur memang akan tggu di situ smpai meggi siap di masak! lepas tu ikut 'bontot' mgkuk berisi meggi yg berasap2 mengikut hala tuju si tukang masak memilih port yg paling selesa utk melantak meggi,biasanya depan tv,bawah pokok dan atas pangkin!


2) meggi dan anda: ibarat sahabat karib

ini biasanya berlaku kepada pelajar2 yg tinggal di hostel,rumah sewa dan sebagainya...biasanya kalau tinggal di tempat2 begini jarang nak jumpa nasik dan lauk yg tepat dgn selera tekak! jadinya..apabila sudah bosan meggi juga yg akan jadi pilihan hati..

setiap kali ke pasaraya,meggi wajib masuk troli..kadangkadang sampai berbagaibagai perisa kita angkut! mee goreng perisa asli,meggi kari letup,meggi tom yam,meggi vegetarian dan tidak ketinggalan meggi perisa itik (rasanya..yg ni jarang org angkut!)

pendek kate,meggi wajib ada di sisi,ibarat kita dan sahabat karib..tak de meggi atas rak dalam bilik memang tidak senang hidup..
di saat kelaparan,meggi akan setia utk dijadikan habuan tidak kira masa,pagi,tengahari,petang,malam dan dinihari=p

3) meggi dan anda=ibarat musuh

warga emas cukup anti dgn meggi! pernah k kita tgok nenek berumur 70 tahun hirup kuah meggi dgn mangkukmangkuk sekali?? tidak kan?
jadinya..memang nenek2 dan atuk2 amat anti dengan meggi! bukan dia sahaja yg berpantang dr meggi,anak2 dan cucu2 yg duduk sekali dengan dye pon akan disembuq dan dibebel habishabisan sekiranya didapati bersalah memakan meggi di tempat terbuka!

ok la..sekadar posting yg merapu! hehehe..nak baca,baca laa
xnak baca pon xpa=p
set Mc Chicken Mc D................US pizza..............blueberry cheesecake..................caramel cheesecake............dinner plate KFC................jagung bakar + jagung cup...................maggi sup..................chicken burger KHALEL.......................fries.........................sunday Mc D............













uh! memang kenyang makan malam ni! sedap!!!! org belanja................=p



















ces! berangan makan semua tu! last2 hacks purple yg harga 2 bijik sekupang jugak yg masuk mulut! huhuhu...lapauuuuu....

kami 'peghaq' tv

tajuk di atas..faham x?? 'peghak'>>>>>jakun

kalau sudah namanya tinggal di hostel..memang normal kalau dicop dgn jakun tv!
tadi petang kami makan diluar ye! berenam!

bila sudah namanya makan di luar,adalah tv..yeay! buleh tgok tv!!!
ketika nk pilih meja..kami pastikan meja adalah menghadap tv straight 180 darjah..

tapi...
meja makannya empat segi! jd separuh dr kami berpeluang duduk di kerusi yg mengadap tv dan separuh lg terpaksa membelakangi tv..wah! apa lg! REBUT!!!
hmm...aku jugalah yg tertewas bersama 2,3 org yg lain..maka jenuhlah pusing kepala 180 darjah utk tumpang sama menonton! boleh patah leher nih...=p

tiba2 pula rintik2 hujan jatuh menimpa meja..ok! kena pindah tempat..masih lg perlu berebut kerusimenghadaptv! sy surrender ok! =p...
meja kami kali ini elok terletak di sisi tv! hahah..semua xley tgok tv daa..manusia bukan bermata tepi yg had pandangannya 180 darjah mcm burung,tetapi di tengah! jadi terpaksalah memanjangkan dan menjengukkan kepala dgn terukteruk! uish! suara 'sumbang' pelajar akademi fantasia agak menarik perhatian utk melihat siapa gerangan pemiliknya..begitulah keadaan kami sehinggan licin makanan di pinggan!

di kala menunggu 'ahli2' lain beratur utk membayar makanan..sy dan lg 2 org yg sudah siap membayar menuggu di hadapan kedai..wah! masih ada peluang utk tgok tv! kami beratur macam pemain bola beratur ketika sesi tendangan penalti..elok je berderet tiga org depan tv! tambah 'meriah' apabila di depan kami ada lg tiga org juga turut berbaris bertiga2 di hadapan tv! semua jeneh jakun tv la ni! ho3

kire ok la dapat tgok TB dalam 15 menet..release sedikit tensyen hasil bebanan study=p

nilai sehelai tudung..

pertamanya...cuba tanya diri sendiri,apakah tujuan sebenar kita bertudung??

1) sbb nak tutup aurat la

2) hmm..sbb kawan2 pakai tudung,sy pon rasa nak pakai!

3) ikut trend..kalau pakai tudung bley wat gaya macam2,sekarang kan byk tdung 'comel2'

4) sebagai perlindungan rambut,tak kena cahaya matahari..rambut kekal sihat!

5) kalau pakai tudung,bley melindungi 'benda2' di kawasan kepala,sedikit bhgn muka,dan leher €yg tidak ingin dipertontonkan kpd umum! klu org nmpak malu la weyy..=p

ok la..semua org ada alasan kenapa dye memilih utk bertudung..sy percaya,mesti ramai yg bertudung krn alasan no 1 kan? alhamdulillah...bertudung krn Allah..

petang ini,kami berenam keluar makan kat luar,nazri tom yam(err..ye ke nama kedai ni??) uh! semua org sudah jemu mengadap masakan 'abg bawang' di cafe tekun! tp..sy tidak! hehehe...

makan di situ sambil tengok TV..wah! semua org berebut2 mahukan kerusi yg bertentangan dgn tv..maklumla sudah berbulan2 tak jumpa tv di 'gua TEKUN' !

ok..rancangan yg tersiar sekarang..FUHH! kat TV3 (ni pon tak sure sama ada fakta ni betul k x)
terpampang penyanyi no 1 tanah air...SITI NURHALIZA mempromote 'simply siti'..eh?? mana tudung?? sudah tggal separuh?? jambul di depan wajib ada..cuma yg tertutup hnya sanggul di bahagian belakang..ayo!!! sudah salah konsep la cik siti! kalau dah namenye nak bertudung tutupla semua..tutup byk k sikit k,dosa tetap dosa!

kemudian..terpandang pula seorang 'saudari' di meja depan kami..wah! bertdung..tapi sygnya tdung yg sgt jarang..sehingga menampakkan apa yg sepatotnya 'tak boleh dinampakkan'(siap mpak getah rambut kaler biru lg!)! sayang 1000 kali sayang!

bila time nk bayar makanan nya..adus! akak cashier pon duk wat seksi gak! tudung biru yg 'comel' itu tidak jarang..tapi singkat dan kecik! terdedahlah bahagian yg tak sepatutnya didedahkan..syang!

ye..sy tahu,diri ini masih jahil dan masih belajar..tapi sekurang2nya fahamlah hukum ini! rasa geram tiba2! ho3..=p

apakah nilai sehelai tudung di mata anda???




"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami
mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki
mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita
Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau kanak-kanak yang
belum mengerti tentang au rat wanita." [al-Nur (24): 31]

Tuesday, April 13, 2010

study week yg mencabar!

salam wbt

dulu kalau anda2 pernah terbaca stu entri sy,yg bertajuk : STUDY WEEK YG DITUNGGU2!
hek elleh! poyo je budak syidah ni! hu3..

sekarang memang betul2 dlam mood study week! nah! ambik ang! nak enjoy la kunun!
hari2 kena mengadap buku..mata dipaksa2 scra keras-kerasan utk tenung nota2 kuliah lama2 (dalam 10 minit! lama la tu kan?? ho3..)

ok la..terus kpd agenda sebenar
sy rasa study week sy kali ini MENCABAR! SANGAT MENCABAR!

kenapa??
kerana banyak sebab! mari baca satu demi satu:

1) terasa masa lapang yg begitu banyak! jadinya sy tak rasa kalut spt study week sebelum2 nya..bila tiada perasaan takut mahupun kalut, sy jadi terlebih releks! waaaa..bahaya2! kalau buka nota 10 minit,buka lagu 15 minit,buka movie 30minit,buka blog setiap minit! hu3..sebab itu org kata masa itu ibarat pedang! bila masa lapangnya banyak kita akan jd lalai..bila masanya sempit,kita akan merungut masa yg Allah bg 24jam itu tidak mencukupi buat kita..fitrah manusia yg sentiasa merungut bukan??

2) sentiasa mengantuk dan rasa penat! ish! tidak tahu la mengapa study week ni hari2 rasa begitu..dulu,kalau stay up sampai subuh boleh saja,tp sekarang pukul 2/3pg mata dah memberat! walaupun siangnya sudah tidow dan selalunya adalah tertidow (bukan sengaja eh)

3) kesunyian di bilik! inilah pertama kali study week sy tanpa rumate di sisi..bosan tau study sengsorang..susah nak fokus dan cepat mengelamun! hu3..ye la..menghuni bilik seorang diri dalam suasana kelam dan sunyi,otak kita scr automatik akan ke 'tempat lain'..dulu kalau ada rumate,bosan2 je buleh sembang2 n bincang2 sket (banyak sembang sbnrnya!)

4) ramai tetamu..ok! yg ni merupakan satu cabaran yg besar buat sy krn y tidak mampu dan tidak akan menolak! bila ada 'tetamu' sudah tentunya bersembang juga..kadang2 nak ajak pegi makan,nak bertanya sesuatu,dan sbgainya..tp,'cabaran' tetamu ini sy suka! sbb boleh hilangkan kesunyian dan kebosanan sy mnghadap benda2 yg tidak bernyawa di dalam bilik spt lap top,dinding,board biru,tabung lembu,gelas yg amal bg msa besday sy yg k 20,botol air mineral,bedak sejuk dan makanan2 kering di atas rak! juga terasa diriku begitu berharga! hahaha..

5) dimomokkan dgn cerita hantu! wuish! yg ni memang cabaran paaalling besar buat insan spt sy yg sememangnya penakut semenjak darjah satu lg! tiba2 ada cerita2 seram yg dibawakan oleh kawan2 yg selalu berlaku dekat hostel! yg paling sy gerun cerita kak nurul tentan P****G yg baru berlaku 2,3 hari ni kat IK! memang membuatkan sy tidak tahan dan berhijrah ke bilik amal setiap kali jam menunjukkan pukul 12 malam..hu3..memangla org kata kita tidak boleh percaya dgn benda2 sebegini krn berunsur tahyul! tapi..syaitan ada di mana2 untk menggoda manusia di muka bumi ini dgn pelbagai cara kan? sy bukan org yg kuat semangat utk menghadapi 'benda2' itu! tak kisahlah kalau org nak cop sy penakut dan entah hape2..

ok la..itu sahaja posting sy utk kali ini..
wasalam buat yg sudi membaca=p