Friday, August 6, 2010

korban la siket demi FYP! oh??

celik2 mata sahaja terus menerpa lap top! hehehe..addicted wo! excited pon ye sebab dah lama tak ley jenguk blog saya...wuhuuu...rindu2!

kesian encik blog ni, sudah bersawang lagi! fuh! fuh! fuh!

perkembangan sekarang, saya tengah sibuk dengan FYP (final year project), usih! terpaksa lalui hari2 yang memenatkan. Saya perlu korbankan jiwa dan raga, oh! hiperbola sangat! korbankan masa dan tenaga sebenarnya.. demi projek yang perlu saya ambil sebagai syarat untuk bergraduasi nati..insyALLAH..harap dipermudahkan..amin!

sebagai pelajar yang ber'FYP' ni, banyak yg perlu dikorbankan sebenarnya, dan banyak juga perkara yg boleh sy pelajari

pertamanya, sudah tentulah sy terpaksa mengorbankan masa lapang! hu3..tak ley da nak bersenang lenang depan lap top sambil tengok citer korea secara on9! tak ley da nak bersenang lenang di atas katil sambil baca buku! dan paling utama sudah tiada masa petang yg lapang untuk sy 'belayar' di atas katil! hu3..semuanya kalut! kalut berlumba dgn masa!

paling sedih, apabila terasa FYP merenggangkan hubungan kekeluargaan..ops! hubungan persahabatan..dulu berlima, sekarang berdua, dan kadang2 bertiga. tak bes daaa...hu3
sekarang asyik dgn amal je! hu3...sehingga sy pon 'bosan' ngadap muka amal, amal pon 'bosan' ngadap muka sy..

mana tidaknya, FYP kami dibawah pensyarah yg sama Dr. Latifah, ke lab jalan sama2, makan sama2, solat sama2, hingga melarat k tidoq pon sama2! aduiii, ang x bosan k mal tgok muka ak yg sememeh tiap kali jalan kaki pusing satu USM ni?? hu3...(perhatian, sekarang minngu convo USM, haruslah jalan kaki k sana k mari sebab bas tak de!)

kawan2 yg lain buat FYP dgn pensyarah lain, ade yg amek spesial topik..haruslah semakin renggang! tambahan pula kelas jarang2,utk student final year microbes, subjek teras kami hanya dua utk sem ni..

pernah seorang kawan berkata, bila kita buat FYP, masa ni kita akan kenal sape kawan sape lawan! means that, sape kwan sejati kita...rasanya ada betulnya..tuttttt!

FYP juga mengajar kami gadis2 supaya menjadi lebih berani! daripada seorang individu yg selalu rasa prejudis terhadap waktu malam dan ketidakrelevanan utk kami berjalan2 sekitar kampus ketika jam mnunjukkan angka 12malam ke atas, terus terhapus! terpaksa dihapuskan sebenarnya..terpaksa weyh! takut tak takut belakang cerita! paling penting kerja yg telah dimulakan di makmal harus diselesaikan mengikut masa. usai semua kerja, haruslah menapak pulang ke hostel yg terletak di hujung dunia, di atas bukit. sape sanggup tidur kat lab? oh no!

ok la! sekarang sudah pukul 1 petang, after zohor nak keluar round island! he2..k quensbay n sg dua je, beli tiket balik raya k terengganu (risau pula bila ramai kwn2 inform tiket k pantai timur kebanyakannya da sold out! )

salam =p




Monday, July 19, 2010

sy dalam mode cuak!

assalamualaikum...

mode sekarang= cuak! cuak dengan final year project!

memang! memang sekarang ni sy tengah mempunyai kecelaruan pemikiran mengenai final year project (FYP) yg diwajibkan utk pelajar sains biology tahun 3! wuhuuuu...cuak sangat2! entah tajuk apa yang bakal sy 'ganyang'! entah lab mana yg bakal sy tunggang terbalikkan! entah pensyarah mana yg bakal sy tensyenkan!

di kala ini juga, tengah berkongsi kecelaruan dengan rumet sy. kesian niza! dapat dengan pensyarah yg mempunyai lab di luar, bukan di dalam kampus..di bukit jambul nun! sekarang tengah memikirkan mana nak dapatkan motor (ye la..xkan nak dapatkan kereta plak semata2 utk fyp)..apabila si pensyarah menegaskan untuk mempunyai kenderaan sendiri spy mudah ulang alik....mintak2 la sy dijauhkan dr perkara begini...ye la, sy tiada lesen, jauh sekali motorsikal..juga 'penakut tegar' di jalan raya..phobia pulak dengan lampu isyarat...m.a.m.p.o.s kalau dapat lab di luar!

dengar kata malam esok akan keluar resultnya...senarai nama pelajar dan tajuk utk FYP..uish! takot! takot!
tambahan pula malam esok juga ada taklimat mengenai FYP! takot dan takot!

harap2 dapat tajuk yg menarik plus pensyarah yg memahami plus research asistant yg baek! ya Allah...permudahkanlah segala urusan bagi kami....ameen! =p



Friday, July 16, 2010

saya rindu 'kakak2' saya!!!

kata org setiap pertemuan pasti ada perpisahan...tp, kalau sy tak suka dengan perpisahan haruskah sy mengelak setiap pertemuan???

entah kenapa sepanjang seminggu kami memulakan semester baru utk tahun 3 nih, asyik teringat kakak2 senior je! terasa seolah2 mereka masih ada diantara kami!
bergurau, mengusik, tertawa, makan, mengajar...masih lagi terngiang2 di telinga kami

masih terasa seperti kak nurul masih lg rumate amal utk sidang nih
asal masuk bilik amal je mesti rasa cam nak jerit " kak nurul!!!" mengikut nada yg sy selalu buat2!
rasa cam nak duduk kat meja study dye dan usik2 lap top dia kat atas meja! hu3... sy selalu bising sebab lap top kak nurul selalu 'bersabar' sesabar tuannya...
rasa nak bertenggek kat atas katil kak nurul yg cadarnya selalu tegang sambil melopong mendengar cerita hantu yg menyeramkan! hu3...
nampaknya, sem ni dah tak de sapa nak jenguk2 dan usik2 sy ketika di bilik sorang2

kadang2 terasa cam kak yati akan masuk bilik amal dan jerit2 dengan pelbagai kerenah dan cerita..hu3..
sy suka perkataan 'kucin' (kucing), 'kecin' (kecing) yg dye selau sebut2..ada style! hu3..

kadang2 rasa cam kak nad dan kak shira akan masuk..dan melawak membuatkan kami gelak 'gulin2'

saat ke cafe, mesti ingat kak wani...nak2 kalau makan nasi ayam kunyit! ha3..
sebab kak wani yg memperkenalkan menu tu kat sy dulu..
duduk satu meja ramai2 sambil kongsi2 cerita kelakar
kalau tengok abang yg duk jual2 kat cafe tu mesti ingat kak wani! ha3
abg America...abg Geli mart..ha3

adusss...rindu sangat2! sy tak tahu macamana nak sampaikan rasa ni kat diorang, sy tak tahu bila lagi kita akan berpeluang utk berjumpa...sesungguhnya kerinduan dan penantian sangat menyeksakan!

tak sanggup dah nak tulis..rasa cam 'empangan' nak pecah je! stop dulu la..hu3

layan gambar je la...



















Tuesday, June 22, 2010

'willy' yg menjadi!

semalam, sy ke kedai, dlam pukul 8 lebih! sesudah membyar harga barang2, sy keluar dahulu, menunggu yana yg masih membayar barangnya.

tiba2, lalu sebuah motor, dipandu perlahan, sambil berlewa2 di depan kedai
pemandunya lelaki, pemboncengnya juga lelaki..masih muda remaja! sy anggarkan masih di bangku sekolah menengah

motor yg perlahan tadi, dilajukan! berkebuk asapnya!
tak sampai 5 saat, si pemandu melakukan 'willy' (mengangkat tayar hadapan motor, jadi, motor bergerak menggunakan tayar belakang!)

pergh! terkejut sy! yg depan terkial2 'mengangkat' tayar hadapan motor supaya naik lebih tinggi, yg belakang steady sahaja sambli membaca mesej di telefon! seolah tiada apa2!

ops! kurang menjadi!

ada cubaan kedua pula, apabila cubaan pertama kurang memuaskan hati si pemandu!
cubaan kedua, lebih mantap!
si pemandu 'mengangkat' tayar hadapan dengan 'sepenuh hati'!

'PRAKKKKKKKKKKK!!'

terseret bontot motor apabila 'mencium' jalan raya!
motor dan jalan raya mencipta sudut 90 darjah!

si pembonceng masih tiada apa2 reaksi, masih membaca mesej !

mungkin cerita ini cerita biasa, tapi inilah kali pertama sy melihat sendiri bagaimana budak yg berumur awal belasan tahun, yg baru mengenal motor barangkali, sudah expert dgn aksi sebegini!
sy pernah tengok, lelaki2 yg lebih 'dewasa' berbanding mereka di dalam cerita di atas melakukan aksi 'willy'! tapi langsung tidak menjadi! muka terkulat2 sambil tersengeh kambeng menahan malu apabila tayar hadapan motor tidak mahu naik walaupun 'dipaksa2'!
bermakna budak yg berusia awal belasan tahun lebih mahir aksi2 rempit jalanan!



ps: setiap kali tengok gambar ni, sy jadi 'keliru'!

Wednesday, June 16, 2010

jalan mu jalan ku jua!

salam bayu laut yg berpuput dari SEAFDEC!

masih lg menghitung jari dan hari! mestila! tak sabar nak tamatkan segala-galanya..coz my LI is not 'blink-blink' seperti teman-teman yg lain..hu3=p

sugguh bosan apabila hanya melangut di depan lappy tanpa berbuat apa2 ( walhal, sy ada 2 report yg perlu disiapkan dan slide presentation yang masih belum diusik sedikitpon!)

pertama kali dalam hidup sy apabila datang ke tempat kerja pagi tadi tidak begitu jam! perjalanan yg lancar..sy sampai ke sini lebih kurang pukul 7.15, padahal hari2 yg lain dalam pukul 7.30..jadi hari ini masa sy terjimat 15 minit.

bercakap mengenai 'perjalanan' sy sebagai seorang pembonceng tegar di jalanan memang banyak kisahnya! kisah si pengguna jalan yang mempunyai seribu satu kerenah!

kebiasaannya, pengguna jalan raya pada waktu pagi adalah lebih berhemah berbanding waktu petang! jangan tanya sy kenapa sebab sy pon tidak tahu apa sebabnya..mungkinkah pengguna pd waktu petang org lain, dan pengguna waktu pagi org lain..? ha3! impossible!

pertamanya, sy suka memerhatikan mereka-mereka ini ketika berada di lampu isyarat. Mana tidaknya, perlu menunggu selama berminit-minit (tak sempat nak kire) ketika lampu merah sedang menyala. Menunggu lama membuatkan kepala juga mata sy menscan setiap 'objek' yg ada di sekeliling!
wohoo..terkandas di lampu isyarat pd waktu petang berkali ganda seksa berbanding pd waktu pagi! entah kenapa, kenderaan pada waktu petang tetiba jd 'menimbun-nimbun' sehingga terpaksa menunggu lama untuk lampu isyarat di pihak kita bertukar hijau. maka, banyaklah muka berkerut2 dan berpeluh2 utk bertahan daripada haba panas yg membahang dan 'memakan' asap yg dilepaskan dr kenderaan sekeliling. mujurlah sy pengguna motor, maka ada keistimewaan utk mencelah di celah2 kenderaan yg lain utk berada di depan sekali! bolehlah terus pecut sebaik sahaja lampu hijau menyala! he3...

tapi ada juga pengguna motor yg menyalahgunakan peluang! lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda 'berhenti', tp menjadi tanda 'pecut' buat mereka2 ini! setiap kali akan ada satu dua penunggang motor yg datang secara tiba2 dr belakang dan terus memecut laju ketika kenderaan2 lain sedang bersusun menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dan sudah menjadi tabiat, apabila, si penunggang yg sedang pecut itu akan berpaling ke belakang terlebih dahulu sebelum terus memecut ke kelajuan maksimum! sambil menjerit:

"hoi!!!!! jom la pecut macam aku!!!!"

atau

"hahaha! padan muka korang sume terkandas lama2 kat ctu!!!"

atau

"sayonara!!! aku balik dulu!! kucing kat umah nak beranak!!"

oh! tiada insiden jerit menjerit di sini ya! hanya sekadar dialog yg sy fikirkan 'mungkin' sbg tambahan utk menyedapkan cerita! hehehe

keduanya, hal si adik2, kakak2, ibu2, mak cik2, serta nenek2 (jarang ditemui ye!), ketika menjadi pembonceng tegar spt sy. sudah cukup sopan apabila menaiki motor dengan memakai baju kurung serta bertudung litup! tetapi, harus diingat! andai memakai kain baju kurung, bukan seluar..jadi seelok- eloknya tutuplah sedikit betis anda yg putih gebu serta halus mulus itu dengan stokin ataupun apa2 yg boleh digunakan, tidakla si lelaki2 jalanan menopup dosa secara percuma apabila terlihat betis anda yg mencecah hingga ke pangkal lutut itu! begitu juga anda yg juga tertopup dosanya scr tidak sengaja..hu3

ketiga, sy suka apabila berada di atas jambatan terengganu! pergh! macam masuk lumba motor rasanya apabila semua akan merempit semahu-mahunya di situ! entah kenapa semua org akan memaksimumkan kelajuan di situ dan saling berlumba2 antara satu sama lain. Yang laju berasap, yang lambat makan asap! hahaha..padahal pemandangan di atas jambatan terengganu cukup cantik (sy bukan selalu naik motor kat situ, jd sedikit jakun!), apabila kita boleh lihat 7 buah masjid terutamanya masjid kristal yg berkilauan di waktu petang, tebing2 sungai duyung yg membentuk ekor ikan duyung (menurut pendapat org tua2), bot penambang yg teroleng2 di tengah air serta bangunan2 yg kelihatan kecil dan padat dari kejauhan. Menarik!

keempat, berdepan dengan pengguna jalan yg 'kurang berpendidikan', maksud sy kurang tahu undang2 yg cukup senang ketika berada di jalan raya! pernah sy lihat dua orang remaja perempuan yg merempit semahu-mahunya di atas jalan raya yg berhadapan dgn UMT tanpa topi keledar. Sempat lagi bergurau senda ketika motornya membelok di satu selekoh tajam! fuh! seram! kalau ini terlebih laju, ada juga yg terlebih lambat! geram!!!!!!

sy pernah terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki plus perempuan, ada 4 buah motor. Dah lah bawak motor lambat, sempat lg buat satu susunan cantik di atas jalan raya sehingga penuh satu jalan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan lain! 2 buah motor di bahadian kiri di bawa oleh lelaki dan 2 buah motor di bahagian kanan di bawa oleh lelaki dan dibonceng oleh si perempun!

rasa cam nak sound je!

"oiii!!!!! cek!!!! kalau nak berasmara pon agak2 la!!! ni atas jalan raya! orang nak lalu!"

ok lah, sudah penat menaip, stop dulu..salam=p




Monday, June 14, 2010

LI OH LI!

salam dr SEAFDEC!

ho3..masih menghitung hari di sini..kirekire (tambah-tolak-darab-campur) sudah melepasi masa 4 minggu plusplus sy berada di sini..oho! masih tinggal kurang lebih 3 mggu untuk menamatkan segalagalanya! yosh!!!

ok la...perasaan berada di sini sudah semakin berubah, alhamdulillah bila ianya ke arah positive walaupun diselangselikan dgn negative!

skill ketika melakukan kerjakerja di dlm lab sudah sedikit 'minor' cekapnya,walaupun masih belum 'major'..syukur! sekurangkurangnya ada kemajuan! sesuai dengan alasan sy berada di sini apabila pernah seorang pegawai perubatan bertanyakan soalan ini ketika sy memohon surat MC tempohari:

pegawai perubatan : awok dapak gapo gi wak prektikal kalu tok dapat gaji ngan unit?

sy : dapat ilmu! (dgn ringkas dan muka penuh keyakinan, gaya dan keunggulan sy menjawab)

dan pegawai perubatan itu terus terdiam dan meneruskan kerjakerja mengepam tangan sy untuk mengetahui tekanan darah...
jawapan yg mengelirukan ataupon tidak munasabah?? erk!

ok la..sekarang alasan itu sudah ternyata munasabah! alhamdulillah..ape yang dikejar itulah yg sy dapat walaupun sedikit demi sedikit dan agak lambat utk dihadam..

-mengenali sampel penyu dan juga spesisnya (1,2 shj yg sy tahu)
-mengenali rupa 'gel electrophoresis' dan 'PCR" yg selama ini hanya dikenali melalui teori yg dihafal semata-mata
-berjumpa depandepan dengan DNA strand yg 'fluorescent under uv light' walaupun hasilnya kurang cantik
-mengetahui langkahlangkah DNA extraction menggunakan vivantis kit. Soalan yg sy goreng sampai garing apabila keluar dalam paper technic in biotech ketika exam sem lepas
-mengenali mesinmesin yang kebanyakannya tidak pernah sy jumpa lebihlebih lg untuk disentuh di dalam lab,terutamanya mesin gel document yg agak besar dan terletak dalam ruangan yg dikhaskan
-mengetahui cara membuat gel (yg digunakan utk PCR dan gel electrophoresis). Lebih kurang macam buat jelly paket, bezanya, serbuk jelly digantikan dengan serbuk agarose, dan airnya digantikan dgn 1xTBE buffer,kemudian dipanaskan di dalam oven sehingga serbuk sebati, keluarkan dan sejukkan pd suhu bilik. Rasanya....sudah tentu enak!(jelly paket je,bukan agarose gel eh) hu3...

tapi..ada sesuatu yg kurang sy suka di sini!
uh! dalam lab asyik blurrrrblurrr je..sedey! macam banyak je tak tahu...ops! bukan 'macam' tapi 'memang'!
kata orang, kalau tidak tahu, maka, belajarlah! tidak tahu,maka, bertanyalah! alah! kadangkadang apa yg dikeluarkan dr mulut itu mudah berbanding aggota yg mahu melakukannya!

adakah wujud manusia se'blurrrrr' sy eh?

LI ini juga menimbulkan satu tanda tanya di benak sy

am i going to be a researcher????

NOP!!!!

bluekkk! perkataan reseacher yg mebuatkan sy tidak lalu untuk menghabiskan roti pagi tadi yg tinggal separuh!
tidak pernah terlintas di minda untuk menjadi seorang succes or unsucces researcher! never!

i hate this!





Monday, June 7, 2010

result oh result!

salam..
sudah lama tidak mengepost sesuatu di sini..hu3..
uik! sape yg masuk2,tolong sapu sarang lelabah ekh? ngee~

ok la!
result exam utk semester 4 sepanjang sy berada di USM sudah keluar..
oho! bagaimana perasaan sy ye??

tidak tahu hendak dikabarkan bagaimana
apa2 pon, syukurlah pada ALLAH yg memberi segala nikmat susah mahupun senang..
alhamdulillah...
biasanya..apa yg kita tanam itulah yg akan dituai..ye x? (err..x paham sudaa)

ter'OK' ataupun ter'KO' result sy..cukuplah dgn usaha yg telah dicurahkan selama ini
banyak usahanya..banyak la yg kita dapat..
sikit usahanya..sikit la yg kita dapat..
usah dipertikaikan segala nikmat yg Allah beri..lafazkan syukur seadanya!

apa khabar result teman2 seperjuangan ku???
hana, amal, yasha dan radin..
nanti share2 result tau! hehehe...

tahniah buat yg excellent!
yg kurang excellent (bukan x excellent tau!)
kita usaha lg..

perbaiki diri
teguhkan iman
kuatkan semangat
tingkatkan doa!

yosh!!!!!