Friday, July 16, 2010

saya rindu 'kakak2' saya!!!

kata org setiap pertemuan pasti ada perpisahan...tp, kalau sy tak suka dengan perpisahan haruskah sy mengelak setiap pertemuan???

entah kenapa sepanjang seminggu kami memulakan semester baru utk tahun 3 nih, asyik teringat kakak2 senior je! terasa seolah2 mereka masih ada diantara kami!
bergurau, mengusik, tertawa, makan, mengajar...masih lagi terngiang2 di telinga kami

masih terasa seperti kak nurul masih lg rumate amal utk sidang nih
asal masuk bilik amal je mesti rasa cam nak jerit " kak nurul!!!" mengikut nada yg sy selalu buat2!
rasa cam nak duduk kat meja study dye dan usik2 lap top dia kat atas meja! hu3... sy selalu bising sebab lap top kak nurul selalu 'bersabar' sesabar tuannya...
rasa nak bertenggek kat atas katil kak nurul yg cadarnya selalu tegang sambil melopong mendengar cerita hantu yg menyeramkan! hu3...
nampaknya, sem ni dah tak de sapa nak jenguk2 dan usik2 sy ketika di bilik sorang2

kadang2 terasa cam kak yati akan masuk bilik amal dan jerit2 dengan pelbagai kerenah dan cerita..hu3..
sy suka perkataan 'kucin' (kucing), 'kecin' (kecing) yg dye selau sebut2..ada style! hu3..

kadang2 rasa cam kak nad dan kak shira akan masuk..dan melawak membuatkan kami gelak 'gulin2'

saat ke cafe, mesti ingat kak wani...nak2 kalau makan nasi ayam kunyit! ha3..
sebab kak wani yg memperkenalkan menu tu kat sy dulu..
duduk satu meja ramai2 sambil kongsi2 cerita kelakar
kalau tengok abang yg duk jual2 kat cafe tu mesti ingat kak wani! ha3
abg America...abg Geli mart..ha3

adusss...rindu sangat2! sy tak tahu macamana nak sampaikan rasa ni kat diorang, sy tak tahu bila lagi kita akan berpeluang utk berjumpa...sesungguhnya kerinduan dan penantian sangat menyeksakan!

tak sanggup dah nak tulis..rasa cam 'empangan' nak pecah je! stop dulu la..hu3

layan gambar je la...



















Tuesday, June 22, 2010

'willy' yg menjadi!

semalam, sy ke kedai, dlam pukul 8 lebih! sesudah membyar harga barang2, sy keluar dahulu, menunggu yana yg masih membayar barangnya.

tiba2, lalu sebuah motor, dipandu perlahan, sambil berlewa2 di depan kedai
pemandunya lelaki, pemboncengnya juga lelaki..masih muda remaja! sy anggarkan masih di bangku sekolah menengah

motor yg perlahan tadi, dilajukan! berkebuk asapnya!
tak sampai 5 saat, si pemandu melakukan 'willy' (mengangkat tayar hadapan motor, jadi, motor bergerak menggunakan tayar belakang!)

pergh! terkejut sy! yg depan terkial2 'mengangkat' tayar hadapan motor supaya naik lebih tinggi, yg belakang steady sahaja sambli membaca mesej di telefon! seolah tiada apa2!

ops! kurang menjadi!

ada cubaan kedua pula, apabila cubaan pertama kurang memuaskan hati si pemandu!
cubaan kedua, lebih mantap!
si pemandu 'mengangkat' tayar hadapan dengan 'sepenuh hati'!

'PRAKKKKKKKKKKK!!'

terseret bontot motor apabila 'mencium' jalan raya!
motor dan jalan raya mencipta sudut 90 darjah!

si pembonceng masih tiada apa2 reaksi, masih membaca mesej !

mungkin cerita ini cerita biasa, tapi inilah kali pertama sy melihat sendiri bagaimana budak yg berumur awal belasan tahun, yg baru mengenal motor barangkali, sudah expert dgn aksi sebegini!
sy pernah tengok, lelaki2 yg lebih 'dewasa' berbanding mereka di dalam cerita di atas melakukan aksi 'willy'! tapi langsung tidak menjadi! muka terkulat2 sambil tersengeh kambeng menahan malu apabila tayar hadapan motor tidak mahu naik walaupun 'dipaksa2'!
bermakna budak yg berusia awal belasan tahun lebih mahir aksi2 rempit jalanan!



ps: setiap kali tengok gambar ni, sy jadi 'keliru'!

Wednesday, June 16, 2010

jalan mu jalan ku jua!

salam bayu laut yg berpuput dari SEAFDEC!

masih lg menghitung jari dan hari! mestila! tak sabar nak tamatkan segala-galanya..coz my LI is not 'blink-blink' seperti teman-teman yg lain..hu3=p

sugguh bosan apabila hanya melangut di depan lappy tanpa berbuat apa2 ( walhal, sy ada 2 report yg perlu disiapkan dan slide presentation yang masih belum diusik sedikitpon!)

pertama kali dalam hidup sy apabila datang ke tempat kerja pagi tadi tidak begitu jam! perjalanan yg lancar..sy sampai ke sini lebih kurang pukul 7.15, padahal hari2 yg lain dalam pukul 7.30..jadi hari ini masa sy terjimat 15 minit.

bercakap mengenai 'perjalanan' sy sebagai seorang pembonceng tegar di jalanan memang banyak kisahnya! kisah si pengguna jalan yang mempunyai seribu satu kerenah!

kebiasaannya, pengguna jalan raya pada waktu pagi adalah lebih berhemah berbanding waktu petang! jangan tanya sy kenapa sebab sy pon tidak tahu apa sebabnya..mungkinkah pengguna pd waktu petang org lain, dan pengguna waktu pagi org lain..? ha3! impossible!

pertamanya, sy suka memerhatikan mereka-mereka ini ketika berada di lampu isyarat. Mana tidaknya, perlu menunggu selama berminit-minit (tak sempat nak kire) ketika lampu merah sedang menyala. Menunggu lama membuatkan kepala juga mata sy menscan setiap 'objek' yg ada di sekeliling!
wohoo..terkandas di lampu isyarat pd waktu petang berkali ganda seksa berbanding pd waktu pagi! entah kenapa, kenderaan pada waktu petang tetiba jd 'menimbun-nimbun' sehingga terpaksa menunggu lama untuk lampu isyarat di pihak kita bertukar hijau. maka, banyaklah muka berkerut2 dan berpeluh2 utk bertahan daripada haba panas yg membahang dan 'memakan' asap yg dilepaskan dr kenderaan sekeliling. mujurlah sy pengguna motor, maka ada keistimewaan utk mencelah di celah2 kenderaan yg lain utk berada di depan sekali! bolehlah terus pecut sebaik sahaja lampu hijau menyala! he3...

tapi ada juga pengguna motor yg menyalahgunakan peluang! lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda 'berhenti', tp menjadi tanda 'pecut' buat mereka2 ini! setiap kali akan ada satu dua penunggang motor yg datang secara tiba2 dr belakang dan terus memecut laju ketika kenderaan2 lain sedang bersusun menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dan sudah menjadi tabiat, apabila, si penunggang yg sedang pecut itu akan berpaling ke belakang terlebih dahulu sebelum terus memecut ke kelajuan maksimum! sambil menjerit:

"hoi!!!!! jom la pecut macam aku!!!!"

atau

"hahaha! padan muka korang sume terkandas lama2 kat ctu!!!"

atau

"sayonara!!! aku balik dulu!! kucing kat umah nak beranak!!"

oh! tiada insiden jerit menjerit di sini ya! hanya sekadar dialog yg sy fikirkan 'mungkin' sbg tambahan utk menyedapkan cerita! hehehe

keduanya, hal si adik2, kakak2, ibu2, mak cik2, serta nenek2 (jarang ditemui ye!), ketika menjadi pembonceng tegar spt sy. sudah cukup sopan apabila menaiki motor dengan memakai baju kurung serta bertudung litup! tetapi, harus diingat! andai memakai kain baju kurung, bukan seluar..jadi seelok- eloknya tutuplah sedikit betis anda yg putih gebu serta halus mulus itu dengan stokin ataupun apa2 yg boleh digunakan, tidakla si lelaki2 jalanan menopup dosa secara percuma apabila terlihat betis anda yg mencecah hingga ke pangkal lutut itu! begitu juga anda yg juga tertopup dosanya scr tidak sengaja..hu3

ketiga, sy suka apabila berada di atas jambatan terengganu! pergh! macam masuk lumba motor rasanya apabila semua akan merempit semahu-mahunya di situ! entah kenapa semua org akan memaksimumkan kelajuan di situ dan saling berlumba2 antara satu sama lain. Yang laju berasap, yang lambat makan asap! hahaha..padahal pemandangan di atas jambatan terengganu cukup cantik (sy bukan selalu naik motor kat situ, jd sedikit jakun!), apabila kita boleh lihat 7 buah masjid terutamanya masjid kristal yg berkilauan di waktu petang, tebing2 sungai duyung yg membentuk ekor ikan duyung (menurut pendapat org tua2), bot penambang yg teroleng2 di tengah air serta bangunan2 yg kelihatan kecil dan padat dari kejauhan. Menarik!

keempat, berdepan dengan pengguna jalan yg 'kurang berpendidikan', maksud sy kurang tahu undang2 yg cukup senang ketika berada di jalan raya! pernah sy lihat dua orang remaja perempuan yg merempit semahu-mahunya di atas jalan raya yg berhadapan dgn UMT tanpa topi keledar. Sempat lagi bergurau senda ketika motornya membelok di satu selekoh tajam! fuh! seram! kalau ini terlebih laju, ada juga yg terlebih lambat! geram!!!!!!

sy pernah terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki plus perempuan, ada 4 buah motor. Dah lah bawak motor lambat, sempat lg buat satu susunan cantik di atas jalan raya sehingga penuh satu jalan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan lain! 2 buah motor di bahadian kiri di bawa oleh lelaki dan 2 buah motor di bahagian kanan di bawa oleh lelaki dan dibonceng oleh si perempun!

rasa cam nak sound je!

"oiii!!!!! cek!!!! kalau nak berasmara pon agak2 la!!! ni atas jalan raya! orang nak lalu!"

ok lah, sudah penat menaip, stop dulu..salam=p




Monday, June 14, 2010

LI OH LI!

salam dr SEAFDEC!

ho3..masih menghitung hari di sini..kirekire (tambah-tolak-darab-campur) sudah melepasi masa 4 minggu plusplus sy berada di sini..oho! masih tinggal kurang lebih 3 mggu untuk menamatkan segalagalanya! yosh!!!

ok la...perasaan berada di sini sudah semakin berubah, alhamdulillah bila ianya ke arah positive walaupun diselangselikan dgn negative!

skill ketika melakukan kerjakerja di dlm lab sudah sedikit 'minor' cekapnya,walaupun masih belum 'major'..syukur! sekurangkurangnya ada kemajuan! sesuai dengan alasan sy berada di sini apabila pernah seorang pegawai perubatan bertanyakan soalan ini ketika sy memohon surat MC tempohari:

pegawai perubatan : awok dapak gapo gi wak prektikal kalu tok dapat gaji ngan unit?

sy : dapat ilmu! (dgn ringkas dan muka penuh keyakinan, gaya dan keunggulan sy menjawab)

dan pegawai perubatan itu terus terdiam dan meneruskan kerjakerja mengepam tangan sy untuk mengetahui tekanan darah...
jawapan yg mengelirukan ataupon tidak munasabah?? erk!

ok la..sekarang alasan itu sudah ternyata munasabah! alhamdulillah..ape yang dikejar itulah yg sy dapat walaupun sedikit demi sedikit dan agak lambat utk dihadam..

-mengenali sampel penyu dan juga spesisnya (1,2 shj yg sy tahu)
-mengenali rupa 'gel electrophoresis' dan 'PCR" yg selama ini hanya dikenali melalui teori yg dihafal semata-mata
-berjumpa depandepan dengan DNA strand yg 'fluorescent under uv light' walaupun hasilnya kurang cantik
-mengetahui langkahlangkah DNA extraction menggunakan vivantis kit. Soalan yg sy goreng sampai garing apabila keluar dalam paper technic in biotech ketika exam sem lepas
-mengenali mesinmesin yang kebanyakannya tidak pernah sy jumpa lebihlebih lg untuk disentuh di dalam lab,terutamanya mesin gel document yg agak besar dan terletak dalam ruangan yg dikhaskan
-mengetahui cara membuat gel (yg digunakan utk PCR dan gel electrophoresis). Lebih kurang macam buat jelly paket, bezanya, serbuk jelly digantikan dengan serbuk agarose, dan airnya digantikan dgn 1xTBE buffer,kemudian dipanaskan di dalam oven sehingga serbuk sebati, keluarkan dan sejukkan pd suhu bilik. Rasanya....sudah tentu enak!(jelly paket je,bukan agarose gel eh) hu3...

tapi..ada sesuatu yg kurang sy suka di sini!
uh! dalam lab asyik blurrrrblurrr je..sedey! macam banyak je tak tahu...ops! bukan 'macam' tapi 'memang'!
kata orang, kalau tidak tahu, maka, belajarlah! tidak tahu,maka, bertanyalah! alah! kadangkadang apa yg dikeluarkan dr mulut itu mudah berbanding aggota yg mahu melakukannya!

adakah wujud manusia se'blurrrrr' sy eh?

LI ini juga menimbulkan satu tanda tanya di benak sy

am i going to be a researcher????

NOP!!!!

bluekkk! perkataan reseacher yg mebuatkan sy tidak lalu untuk menghabiskan roti pagi tadi yg tinggal separuh!
tidak pernah terlintas di minda untuk menjadi seorang succes or unsucces researcher! never!

i hate this!





Monday, June 7, 2010

result oh result!

salam..
sudah lama tidak mengepost sesuatu di sini..hu3..
uik! sape yg masuk2,tolong sapu sarang lelabah ekh? ngee~

ok la!
result exam utk semester 4 sepanjang sy berada di USM sudah keluar..
oho! bagaimana perasaan sy ye??

tidak tahu hendak dikabarkan bagaimana
apa2 pon, syukurlah pada ALLAH yg memberi segala nikmat susah mahupun senang..
alhamdulillah...
biasanya..apa yg kita tanam itulah yg akan dituai..ye x? (err..x paham sudaa)

ter'OK' ataupun ter'KO' result sy..cukuplah dgn usaha yg telah dicurahkan selama ini
banyak usahanya..banyak la yg kita dapat..
sikit usahanya..sikit la yg kita dapat..
usah dipertikaikan segala nikmat yg Allah beri..lafazkan syukur seadanya!

apa khabar result teman2 seperjuangan ku???
hana, amal, yasha dan radin..
nanti share2 result tau! hehehe...

tahniah buat yg excellent!
yg kurang excellent (bukan x excellent tau!)
kita usaha lg..

perbaiki diri
teguhkan iman
kuatkan semangat
tingkatkan doa!

yosh!!!!!

Sunday, May 23, 2010

perpisahan aku dan dia...

salam wbt...

masih lagi dalam mood sentimental..setelah perpisahan itu..ya! perpisahan itu!

setelah lebih kurang 3 tahun bersama 'dia' akhirnya aku lepaskan 'dia' pergi!
sudahlah..mungkin ini takdir buat kita yg sudah tertulis sejak azali lagi
sebaik2 kita merancang..namun,masih tidak boleh terlepas dr perancanganNYA yg lagi sempurna!

perpisahan antara aku dan dia terjadi semalam..tepat pukul 5.50petang..di DYNABYTES..
sedih??? separuh nafasku pergi..
aku lihat dia 'berlalu' dan membawa semua kenangan2 yg pernah terlakar di antara kita..
kini..sudah tiada apa2 yg ada padaku..walaupun secebis kenangan..
yg tinggal hanyalah kesedihan dan penyesalan

selama 3 tahun perhubungan kami..terlalu banyak halangannya..terlalu banyak!
sehingga aku tidak mampu untuk menanggungnya lagi
maafkan aku..

doaku buatmu..semoga kau aman di sana..
sekiranya kau temui penggantiku,sayangilah dia...
semoga perhubungan kau dan dia nanti akan berkekalan selamanya..

























ops!!!!! jap2!
ni bukan cerita girlpren ngan boypren eh!!!
ni cerita sy dan lap top sy! uwaaaa...sedey3! sob3!

tak sangka lap top yg sudah berjasa padaku selama 3 tahun itu..akhirnya ku lepskan jua..
sepanjang 3 tahun, sudah terlalu banyak masalahnya..kejap touchpad tak berfungsi,kejap masuk virus, kejap charger rosak,kejap cd player rosak.. ish! macam2 la..banyak gile dah makan duit! hu3..

total problemnya=
format=3x
tukar charger=4x (rm 150x 4)
dan sebagainya yg tak sempat utk disenaraikan..

semalam..ternyata lap top ku sudah terlalu nazak! terlalu!
sy ingat lg, setelah turn on lap top ni,sy tinggalkan sekejap utk ke tandas..
selepas beberapa minit sy masuk dan mengadap lap top spt biasa..

ish! terbau ada benda hangus la! macam plastik terbakar..
sy pon tengok belah kanan,tercari2 punca bau hangus tersebut..
ya ALLAH! ada asap keluar dr wayar lap top nih! lap top masih kg terpasang..cuma wayarnya shj yg mengeluarkan asap putih..mcm asap ubat nyamuk fumakilla..

wayar lap top terbakar!!!!
aku terus tutup suis dan cabut plug lap top! masih lg dlm keadaan terkejut..wayar lap top terbakar???

org2 yg berada dlm bilik training ni pun sudah mula bising, ada bau benda hangus! hu3..keadaan ak pd waktu itu=takot + malu..(pernah k wayar lap top terbakar??)

cerita wayar lap top terbakar pon menjadi satu isu hangat akhirnya..hu3..
nasib baik tak berlaku litar pintas atau meletup
alhamdulillah...ALLAH masih lg melindungi kami

sudah la wahai lap top! setakat ini shj jodoh kita..barangkali..
akhirnya, petang itu juga aku bawak lap top tu ke kedai dan 'tolak' dgn harga...rm300 shj!!
segala maklumat2 dan pelbagai jenis benda lg yg masih terdapat dlm lap top tersebut juga 'pergi' begitu shj..
tak sempat nk clearkan dan copy sbb xley nak bukak lap top da..
charger terbakar, bateri lgsg tak ley digunakan..

Tuesday, May 11, 2010

saya dan LI...

tanggal 12/05/2010 hari selasa...urh! sudah 3 hari berpraktikal di SEAFDEC ni..impression buat masa sekarang??? hati dan fikiran masih lg kondisi yg sama...hanya satu! BOSAN!

mungkin kerana masih lagi dalam proses mengadaptasi diri di tempat dan suasana yg baru..kawan2 yg baru..kawan2?? hmm..(cuba cosider 2,3 kali..) ntahla..mcm x dapat buat kawan baru je kat sini...hu3..tp,ada la yg 'best'! ho3..

ok laa..terus k agenda seterusnya..apa yg sepatutnya sy nk ceritakan di sini..ok??

hari pertama-
lapor diri, dapat penyelia perempuan..pn wahidah..ok la..dye buat bahagian genetik..baik, tegas,dan cantik! hu3...
ok..kerja pertama utk hari pertama..agak2 nye dapat tugasan ape ye??? korang agak ape?
meninjau kawasan sekitar je...atau...kenal2 dgn staff kat sni..atau..duduk dlam pejabat n goyang kaki..atau...???? mcm2 la tanggapan yg singgah di kepal dikala hari pertama 'bekerja'.

ok! kerja pertama...jumpa pn wahidah..nah!! amek ang! di baginya satu tajuk n then wat proposal tentang tajuk tu! nak tau tajuk nye ape??? hu3

" stock identification of hawksbill turtle at kimar, belitung, indonesia"

walaweyyyy...bg seketol! erkkk! dah terang tang2 sy kena wat proposal pasal turtle!!! ayoooo..mcm da jadi budak zoology jek! hu3...tambah2 pula sy 'kureng' mesra ngan binatang! lebih2 lg makhluk yg namenye turtle..uwaaa!! tang tu jugak rasa tak best buat praktikal kat sini! hu3...tang tu jugak rasa rindu ng usm...

ok la..settle hari pertama dgn rasa yg kurang best! tapi..apa yg bestnya staff dan suasana kerja di sini..semua ok..staff yg mesra calon dan suasana kerja yg berunsurkan islamic! setiap kali zohor dan asar mesti solat berjemaah..sebelom start kerja ada bacaan doa terlebih dahulu..best kan?? he3...

hari kedua-
ohoo...masih lg sama kondisinya..tiada apa yg menarik perhatian sy di sini..masuk bilik kmcp dan mengadap lap top..utk siapkan proposal..sedikit cuak di sini ye,apabila inilah kali pertama sy 'dipaksa rela' utk menyiapkan sesuatu yg namanya proposal! memang buta dan tak tahu ape2...hu3...

hari ketiga-
hari ini juga sama sahaja..kawan2 yg masih lg lgsung tak dikenali walaupun dgn sepotong nama..hu3..sedey la! juga masih lg dgn rutin yg sama spt hari2 sebelumnya...


ok laaa...setakat ini shj utk hari ini..he3..kawan nk guna lap top!
salam wbt