Tuesday, April 6, 2010

posting buat kak pia!

terasa sedikit asing apabila menghuni bilik tekun ini seorang diri
terasa sunyi dan kekurangan

hampir 2 sem tinggal bersama
akhirnya kak pia membawa diri ke indah kembara (cewah! ayat tak tahan!)
tinggal la sy seorang meneruskan sisa2 hari sebelum tibanya cuti semester utk sidang ini

dan selepas ini..
kita bawa haluan masing2
tentunya susah utk bersua lg apabila seorang di tekun dan seorang lg di bakti permai!
ditambah pula berlainan major..hu3

apa2 pun
posting ini utk kak pia
terima kasih kerana menemani sy di sini hampir setahun
terima kasih krn sudi menadah telinga dan tersenyum setiap kali mendengar luahan hati sy (sy selalu tak puas hati dlm banyak hal! hu3)
sesungguhnya lebih banyak kegembiraan daripada kekusutan yg sy dapat selama itu

thanks for everything!!!!




p/s: posting org yg duk wat terukkk! ayat plak tak tahan...ha3~tengah boring dan kebuntuan,juga terasa nk post sumting kat ruang sy ni~~~

kelas hari ini=terpinga-pinga!

salam

baru balik dr kelas...masuk bilik terus tekan suis dan bukak lap top! tggu usm hotspot connected dan terus search for www.langitbiru21.blogspot.com...

nak update blog lagi petang ni..sbb nanti malam tak boleh!
sy nak kena study immunology...(cewah! semangat!)

hari ini hanya berada di bilik dr pagi sampai k tengahari..sbb lab dah habis (seronok!)..tapi! harus diingat! dalam berseronok sebab banyak kelas sudah tamat,bahang final exam sudah semakin hangat!

ku fikirkan kelas petang ini juga sudah tamat..tup! tup! technic in biotech masih wujud petang ni,pukul 2ptg..haizz...bila la nak habis kelas techic in biotech ni?? dari mggu lepas tggu tak habis2 lg! hu3..(tak suka sgt kelas technic in biotech sbb belajar pasal mesin2! hu3)

tapi..tak pe lah! sy gagahkan diri lagi utk bersiap siaga petang itu..masih lg menggagahkan diri utk berjalan di bawah terik mentari dan bersesak2 utk berebut bas pd waktu petang begini (biasanya,bas waktu petang sgt culas!) dengan bilangan pelajar yg sgt ramai!

memikirkan balik baik dan buruknya ke kelas petang ini,tak rugi sebenarnya pergi kelas di saat2 akhir krn masa ni lah lecturer nak bg soalan spot,apa yg perlu diambil perhatian dan apa yg tidak!

ok la..sesampai nye dalam lecture..lecturer sudah menunggu..

~hari ni xde lecture..tp..kamu boleh tanya sebarang soalan yg kamu rasa musykil atau paling tepat lg..apa2 saja yg kamu tak faham~

ok! fine dr....sekurang2nya tak de la berat sangat lecture hari ni..just bertanya soalan dan bincang2,seronok2!

oits!!...lecture mate ku sekalian! silalah bertanya soalan sekarang..sy hanya ingin tumpang kamu semua! tumpang mendengar je eh?? he3~

lecturer masih lg menunggu..sesiapa yg volunteer utk bertanya soalan boleh shj berdiri dan bertanya directly!
seminit...duaminit...tigaminit..dan minit2 seterusnya...
tiada seorang pon menunjukkan minat utk bertanya
apatah lagi utk bangun dan speak louder!

dr. pon nampak sudah letih menunggu kami utk membuka mulut dan mengajukan soalan

~ok la...kalau kamu semua xda soalan..sy yg akan bg soalan pd kamu! nampak macam sudah faham semua~

alamak!!! sudaaa...

dr...kami bukan tak mau tanya,kami sangat teringinnnn utk bertanya,tapi! itu akan kami lakukan sekiranya kami sudah belek buku technic in biotech tuu..masalahnya di sini...
minda kami kosong! zero! telur ayam! O,tentang 'objek' yg bernama technic in biotech..

jadinya..kami sendiri pon tak tahu,apa yg kami tak tahu dan apa yg patot kami tanya..
kalau nak bertanya pun,sekurang2 nya mesti ada sedikit ilmu di kepala ni..tak boleh main redah je..bahaya!

kesian dr..
bila segala soalan yg diajukan tidak mendapat 'sambutan hangat'! semuanya pasif! semuanya diam! bisu dan kelu! ish! sy pun tak tahu kenapa org2 yg tahu tidak mahu menunjukkan response! padahal...ada je 2,3 orang pelajar yg tahu jawapannya..tapi tak mau melontarkan suara! louder please!

sy sendiri pula masih lagi terpinga2 dgn soalan2 yg diberikan!
teruknya!!! exam is around da coner syida!!! please wake up!!!

akhirnya...dr yg bagi soalan, dr juga la yg jawab...kami2 ni tahu nganga dan salin je ape yg dr bagitahu...ish3!

masa satu jam lecture berakhir begitu sahaja..hanya sedikit response yg dr. terima dr pelajar2 nya..
sampaikan dr. menyindir dalam gurauan:
"i think i teach the wrong class before this"dan dr. tersenyum!

oho! agak memalukan di situ!
maksudnya...dr nak cakap,mgkin dye sudah mengajar kelas lain sebelum ni sampaikan setiap soalan yg diajukan pd kami hari ini, langsung tak dapat dijawab! memang nampak macam/sememangnya kami tak tahu apa2! aduss mintak maaf sgt2 dr.!

Monday, April 5, 2010

kacau!

sy rasa sedih!
sy rasa nak marah!
sy rasa bersalah!
sy rasa bengang!
sy rasa tertekan!
sy rasa macam2!

sy tahu syaitan telah menyimbah api kemarahan sy dengan minyak! sehingga hati sy sudah rentung! sehingga sy rasa bahangnya smapai k luar! sehingga tiada lagi air kesabaran utk memadamkan api2 yg marak ini!

tapi...kemarahan sy akhirnya menjadi suatu kesedihan! suatu kesayuan! satu kekecewaan! yg tiada penghujungnya...
ya! sy perlu cari penghujung itu! krn hanya di situ sy boleh menemui DIA yg akan membawa sy k langit luas yg penuh ketenangan...penuh kehangatan..penuh kedamaian!

sy sangat perlukan Allah!

dalam kelam dinihari ni,tetiba rasa rindu org2 yg tersayang!
sy rindu mak!
rindukan nasihatnya yg selalu menanamkan azam dlm kalbu anknya supaya lakukan yg terbaik!
rindukan damai pelukannya dan pujukannya apabila sy bersedih!
rindukan kata2 semangatnya apabila sy hampir tewas!
rindu yg teramat!

juga rindukan ayah
yg selalu bersemangat kental!
walaupun hanya sepatah dua kata2 nya
tp cukup tersirat!
rindu!

begitu juga yg lain!
sy tersangat rindu kamu semua!

oh! sesungguhnya...sy rasa nak balik! sy rasa rindu kampung! sy rasa nak ghaib dr usm buat selama-lamanya dan tidak akan dtg sini lagi sampai bile2!

sy rasa sedih!

rasa sedih yg membuatkan sy malas nk tengok slide2 nota ni lagi
mebuatkan sy rasa malas nk keluar dr bilik dan pergi gosok gigi
membuatkan sy rasa tidak mengantuk lagi

sy hanya ingin di kerusi ini
menghadap tgkap utk melihat langit malam yg tiada penghujung
dan menyaksikan peredaran hari shingga tiba waktu sy balik kampung!

dalam pada duk membelek buku nota 'kecil' yg lama2..tiba2 terjumpa satu nota yg ditulis menggunakan pen berdakwat biru dalam satu halaman..berdasarkan struktur tulisan yg sudah kembang dan agak pudar,mungkin sudah lama nota ini ditulis..entah! buku nota kecil itu sy yg punya..tp sudah lupa bila sy tulis nota tersebut dan dari sumber mana! sudah bertahun2..barangkali!

tapi..apa yg penting di sini ialah nota itu!
apa isinya??

tajuknya: CIRI-CIRI WANITA SYURGA

alaaa...tajuk lapuk! barangkali ada yg beranggapan dan berkata begitu
tapi,sy tak kisah,sy tetap nk post kat blog tentang nota ini! mgkin ada yang ingin tahu dan mungkin juga sebagai peringatan buat sy terutamanya, dan rakan2 sekalian yg bergelar muslimah

ciri-ciri wanita syurga:

1) wanita yg menyejukkan mata yg memandang,bisa menginsafkan,dan menunudukkan nafsu mereka yg berhati goyah

2) muslimah sejati bukan dilihat dr keayuan wajahnya semata-mata, ttp dilihat dr kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi

3) muslimah sejati bukan dilihat dr bentuk tubuh badannya, ttp dilihat dr sejauh mana dia menutup bentuk tubuhnya yg mempesona itu

4) muslimah sejati bukan dilihat dr sebanyak mana kebaikan yg diberikannya,ttp dilihat dr keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu

5) muslimah sejati bukan dilihat dr seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yg sering mulutnya bicarakan

6) muslimah sejati bukan dilihat dr keberaniannya dalam berpakaian ttp dilihat dr sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yg dipakainya

7) muslimah sejati bukan dilihat dr kekhuatirannya digoda orang ditepi jalanan, tetapi dilihat dr kekhuatiran dirinyalah yg mengundang org lain tergoda

8) muslimah sejati bukan dilihat dr seberapa banyak dan besar ujian yang dihadapi tetapi dilihat dr sejauh mana dia menghadapi ujian itu dgn penuh rasa redha dan kehambaan kpd tuhannya

9) muslimah sejati bukan dilihat drpd sifat mesranya dalam bergaul ttp dilihat dr sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam pergaulan



study week yang dinanti-nanti! seronoknye!!

salam...

petang ni tetiba rasa rajin nak meng'update' blog ni,hmm..walaupun tiada cerita sensasi yg ingin dikongsi bersama..tp,tak pe la..still rasa nak menaip,uh! bosan hadap lecture notes immunology yang testnya lagi 2 hari..

se-ra-but!!!
itulah perkataan yg paling sinonim dengan ak sekarang
oho! serabut! serabut! serabut!

makin bertambah rasa serabut bile terpandang jadual kuning yg sudah dilekat pada board kat B2..hu3..final exam is around da conner! semestinya..

tapi,sebenarnya..sangat excited menunggu ketibaan study week! wah! dalam banyak2 minggu,minggu ni yg paaaling sy suke!
sebab....study week merupakan full week yg membolehkan sy melepak dan melepek di dalam bilik mengikut citarasa sendiri..suke3!
hanya tinggal utk study dan makan je!
celik mata je buku! lapar je,cafe! buku,cafe,buku,cafe! rutin yg sangat bes dan senang!

bukankah study week itu merupakan minggu yg cukup utk rehat??
sekadar bangun study dan hadap buku
hmm..mmg diakui,still lg memenatkan sebab perlu perah otak sampai kering,dan sumbat balik dengan pelbagai fakta dan maklumatyg 'menarik'..tapi,hanya perlu berada di kerusi dan hadap laptop! sedikit saja penatnya...berbanding dgn hari2 yg ada kelas,banyak masa terbuang!

apabila study week:
tak perlu lg bersusah payah berjalan k lecture hall..yg kadang2 berbatu2

tak perlu lg tggu bas mengikut kaler yg 'digemari' dan bersesak2 dgn student2 yg tak reti2 nk bawak kenderaan sndiri (termasuk sy ye!he3..)

tak perlu lg rasa kalut dan malu2 kucing apabila lewat masuk lecture hall disebabkan kesilapan sendiri dan kesilapan pak cik bas yg suka 'bermesyuarat' sesama sendiri dikala waktu genting! bas nye ade..pemandu nye tak de! uh! memang agak 'hot' masa tuh!

tak perlu lagi tersengguk2 dan kadangkala smpai berdengkur2 mendengar 'bebelan' pensyarah

tak perlu lagi penat2 usung lab coat dan buat eksperimen yg kebanyakan hasilnya err..'kurang memberangsangkan' dan melunturkn semangat utk jd researcher!

tak perlu! tak perlu! tak perlu!
beban sudah jatuh bedebuk2! happy!
cepatla study week!! really waiting for u!!!

ok la! sekadar ingin membebel tentang study week! he3..
buat kengkawan yg satu kapal dengan sy



"selamat menyambut study week!! insyallah..kita mampu buat yg terbaik! gambate!!!"

Saturday, April 3, 2010

ku sudah jatuh chenta!

oho! gedik nye tajuk entry kali ni! kan? kan? kan?
eyp! mana ada!
sudah jatuh chenta..hmm..bukan bermakna jatuh cinta dengan kaum adam sahaja
banyak definisi utk cinta ni
cinta pada Allah
cinta pada Rasul
cinta pada...ish! banyak la! mesti kamu2 semua sudah tahu..jd tak payah sy nak explain byk2 kan?

hmm..ok la! cut! cut! cut!
entry kali ni bukan nak bercerita pasal cinta
bukan nak bicara pasal perasaan
jauh sekali mengenai luahan hati!

tapi..betol ni! sy betol2 sudah jatuh cinta! (gedik lagi!)
jatuh cinta dengan lagu! he3...

lagu kat bawah ni:




Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

aduss...memang menyentuh jiwa! sangaaatttttt suka lagu nasyid ni
disebabkan terlalu suka

hari2 sy tggu mybroadband connected=buka youtube=type edcosutic-muhasabah cinta=search=loading sampai k sudah=kecewa!
sampai sekarang masih mencuba..tapi usaha ku sia2! wa3

disebabkan terlalu suka
sudah berkali2 diulang main lagu nasyid ni yg hanya berjaya didownload separuh dr www.4shared.com kecewa lg! bila lagu nasyid yg diminati hanya dapat dinikmati sekerat jalan! wa3


p/s:1) sape2 ade lagu ni,ankat tangan! nak copy!hu3..
2) amal pon suka menyemak kat blik sy sbb nk dgar lagu muhasabah cinta yg sekerat
tuh! sekerat pon sekerat la..asal dpt dgr sudaa..

Friday, April 2, 2010

my job interview...da worse!

salam...

sudah lebih kurang seminggu tak update blog..sangat sibuk dgn pelbagai tugasan akademik dan bukan akademik! hu3...sangat penat minggu ini
melepasi test microbial genetic yg agak susah dan rumit
melepasi majlis AGM persatuan biologi yang makanannya banyak tak habis! (shnggakan setiap seorg bley makan 3 bgkus nasi lemak yg sambal bilisnya sedapppp tu,dan angkut kuih muih serta buah sebanyak mana yg kita mampu bawak!mmg full mlm tu~)

kemudian melepasi
JOB INTEVIEW yg sgat teruk! wawawa
aish! belum grad lagi da ada job inteview! menarikkan..
kalau lepas job inteview tu lepas ni bolehla sy kerja sebagai
PART TIME BIOLOGY TEACHER utk pelajar spm kat CONFUCIAN SECONDARY SCHOOL! wow! da lah fresh graduate,dapat mengajar kat chinese school lak tuh! macam terer je! ha2

tapi...hakikat yang harus ditelan:
sebenarnya job inteview ni adalah salah satu topik khas yg harus diepalajari utk pelajar2 yg mengambil LSP 402..hu3..
job inteview yg hanya 'main-main' ku kira
yg tidak membawa makna ape2..hmm..x membawa makna k?? eh! tak de la..memberi sedikit makna sebenarnya dlm hidup ku yg memang fobia dgn inteview-intview nih!

job inteview yg bermula pukul 2.00 petang di bilik miss nadia kat pusat bahasa
fuh! memang tergesa2 masa tu!
keluar pukul 1.30ptg,tggu bas biru (bas biru=bas yg akan melalui pusat bahasa yg terletak nun di ats bukit sana!)
syukur! kami sampai je kat bus stop, elok je bas biru tersadai kat situ
terus naik dan bas membawa kami k pusat bahasa.. dalam hati= dup! dap! dup! dap!cuak betul dgn inteview2 nih! sambil tu mulut terkumat kamit menghafal skrip jawapan utk inteview tu nanti
(eh?? ade k org nak pegi inteview hafal skrip? oho! agaknya aku dan amal je yg buat kerja pelik cam tu!)

sampai je kat depan pintu bilik miss nadia:
kene tggu jap sebab ada org kat dalam..sedetik...dua detik..tiga detik..sama dengan degupan jantung yg berlari laju di dalam dada..dup! dap! dup! dap!
amal kata..selawat! selawat!

ok! org yang kat dalam sudah keluar!
sekarang sudah tentu giliran sy plak nk masuk!
alamak! firstly...kena greeting c penemuduga,rite?
err..nak bg salam k nak cakap gud afternoon eh?
sudahnya..ku pilih bg salam..
ok..skang da duduk dan membetulkan posisi duduk supaya lebih selesa (cara duduk pun penting,utk menampakkan tahap keyakinn diri)

dan miss nadia (kononnya sbg MHR msa tu) mula mengajukan soalan:
1) ok! introduce yourself!
ans: mestila sedikit explaination ttg diri ini..baru je sampai dekat education background miss da interupt dgn soklan ke dua!

2) what your hobby?
reading! (mcm tak caye je hobi ku adalah membaca! ha3..bedal je la..tu la perkataan pertama yg muncul dalam minda apabila miss beranyakan hobi..ye la..semua org kan ada hobi 'membaca'! cuba tanya budak2 primary school mesti hobinya membca buku la!

3) what type of books that you read?
islamic books...(oho! ye k?? hmm...betul la kut!)

4) how we want to attrack the people at your age to read the islamic book?
haa..ni dah tak ingat..ape ntah sy duk melalut n merapu..dgan grammar yg sudah tentu out! bercampur aduk..dan penuh dgn buyi..aaa..errrr...hmmm..

5) who is the minister of terengganu?
err..ahmad said (itu yg terlintas di kepala smbil ingat kembali muka menteri besar terengganu..hah! betolla! dengan penuh keyakina,gaya, dan keunggulan,sy menjawab dato' seri ahmad said! err..yg 'title' kat depan pulak tak ingat! ush! teruk2! miss nadia siap pegi search dalam intenet lg sape menteri besar terengganu..haa..betol kan miss jwpan sy? cuma..'title' kat depan tu macam x kene je! hmm..tak tau la!

6) who is the leader of biology's unit at kedah matriculation college?
pn nurul huda! (ni jawab dgn penuh confident! ye la..mana tak ingatnya..pn nurul huda tu adalah salah seorang pensyarah yg mengajar subjek biologi ketika di KMK dulu..very strict dan sgat garang orgnya! kalau tak ingat jugak,mmg nak kene! hu3)

7) tell me about terengganu!
hmm.. i think terengganu is not really interesting! (oh! alamak! kenapalah ayat ini pulak yg terkeluar??? habisla...mmg tak logik mengatakan perkara negatif tentang negeri sendiri masa inteview! sekurang2nya puji la sikit,sbb tu cara penemuduga menilai kita..dah! sekarang memang sy di cop 'a negative thinking of person!' hu3...rasa itulah jawapan yg paaalingggg 'kurang bijak' dan membuatkan sy rasa spt seekor semut merah pd pandangan mata miss nadia..ade k jawab pelik macam tu!

itulah soalan terakhir..sebaik sahaja keluar dr bilik miss..
kawan2 yang menunggu turn di luar terus serbu!
satu keyword question utk kamu2 yg sedang menuggu utk 'dibicarakan'!

amal...radin..sila hafal menteri2 yg ada di malaysia dan sedikit tentang organisasi pentadbiran ketika di matik!
jenuh la..diorang duk pk2..menteri2 yg ada di negara ni dan rewind balik 'big boss' yg ada kat matrik diorang..hu3

ok la..setakat itu je pengalaman yg kukira bernilai tetapi cerita tentang inteview ku itu memang sangat teruk! kalau betul-betul job inteview maunya tak dapat sampai ke sudah kerja yg diminta..
menteri.isu semasa..keadaan sekeliling..mmg 'kurang' di ambil perhatian
kadang2 inilah sikap dan sifat mahasiswa ataupun kita memperluaskan lagi skopnya.. pelajar sekarang! 24jam hanya bersama buku..hanya mengnali watak2 dalam dunia pembelajarannya sahaja..sehinggakan pengetahuan am menjadi sangat ciput! tapi..bukan semua begitu..masih ada lagi yang mempunyai kualiti secukupnya sebagai seorang graduan dr universiti..

sy ambil sedikit pengajaran dr job inteview tu..
1) fikir dulu sebelum bercakap! jangan duk jawab 'merapu'!
2) banyakkan membaca!
3) hafal nama menteri..he3