Monday, July 19, 2010

sy dalam mode cuak!

assalamualaikum...

mode sekarang= cuak! cuak dengan final year project!

memang! memang sekarang ni sy tengah mempunyai kecelaruan pemikiran mengenai final year project (FYP) yg diwajibkan utk pelajar sains biology tahun 3! wuhuuuu...cuak sangat2! entah tajuk apa yang bakal sy 'ganyang'! entah lab mana yg bakal sy tunggang terbalikkan! entah pensyarah mana yg bakal sy tensyenkan!

di kala ini juga, tengah berkongsi kecelaruan dengan rumet sy. kesian niza! dapat dengan pensyarah yg mempunyai lab di luar, bukan di dalam kampus..di bukit jambul nun! sekarang tengah memikirkan mana nak dapatkan motor (ye la..xkan nak dapatkan kereta plak semata2 utk fyp)..apabila si pensyarah menegaskan untuk mempunyai kenderaan sendiri spy mudah ulang alik....mintak2 la sy dijauhkan dr perkara begini...ye la, sy tiada lesen, jauh sekali motorsikal..juga 'penakut tegar' di jalan raya..phobia pulak dengan lampu isyarat...m.a.m.p.o.s kalau dapat lab di luar!

dengar kata malam esok akan keluar resultnya...senarai nama pelajar dan tajuk utk FYP..uish! takot! takot!
tambahan pula malam esok juga ada taklimat mengenai FYP! takot dan takot!

harap2 dapat tajuk yg menarik plus pensyarah yg memahami plus research asistant yg baek! ya Allah...permudahkanlah segala urusan bagi kami....ameen! =p



Friday, July 16, 2010

saya rindu 'kakak2' saya!!!

kata org setiap pertemuan pasti ada perpisahan...tp, kalau sy tak suka dengan perpisahan haruskah sy mengelak setiap pertemuan???

entah kenapa sepanjang seminggu kami memulakan semester baru utk tahun 3 nih, asyik teringat kakak2 senior je! terasa seolah2 mereka masih ada diantara kami!
bergurau, mengusik, tertawa, makan, mengajar...masih lagi terngiang2 di telinga kami

masih terasa seperti kak nurul masih lg rumate amal utk sidang nih
asal masuk bilik amal je mesti rasa cam nak jerit " kak nurul!!!" mengikut nada yg sy selalu buat2!
rasa cam nak duduk kat meja study dye dan usik2 lap top dia kat atas meja! hu3... sy selalu bising sebab lap top kak nurul selalu 'bersabar' sesabar tuannya...
rasa nak bertenggek kat atas katil kak nurul yg cadarnya selalu tegang sambil melopong mendengar cerita hantu yg menyeramkan! hu3...
nampaknya, sem ni dah tak de sapa nak jenguk2 dan usik2 sy ketika di bilik sorang2

kadang2 terasa cam kak yati akan masuk bilik amal dan jerit2 dengan pelbagai kerenah dan cerita..hu3..
sy suka perkataan 'kucin' (kucing), 'kecin' (kecing) yg dye selau sebut2..ada style! hu3..

kadang2 rasa cam kak nad dan kak shira akan masuk..dan melawak membuatkan kami gelak 'gulin2'

saat ke cafe, mesti ingat kak wani...nak2 kalau makan nasi ayam kunyit! ha3..
sebab kak wani yg memperkenalkan menu tu kat sy dulu..
duduk satu meja ramai2 sambil kongsi2 cerita kelakar
kalau tengok abang yg duk jual2 kat cafe tu mesti ingat kak wani! ha3
abg America...abg Geli mart..ha3

adusss...rindu sangat2! sy tak tahu macamana nak sampaikan rasa ni kat diorang, sy tak tahu bila lagi kita akan berpeluang utk berjumpa...sesungguhnya kerinduan dan penantian sangat menyeksakan!

tak sanggup dah nak tulis..rasa cam 'empangan' nak pecah je! stop dulu la..hu3

layan gambar je la...